Rabu, 04 Maret 2015

Nafaspun Berzikir

 -  Mengenal  Nafas
-  Mengenal  Asal  usul Nafas
-  Mengenal  Datangnya   Nafas 
-  Mengenal  Reservoir  Nafas
-  Mengenal  Punca  Kedatangnya  Nafas
-  Menghargai  Nafas  dengan  Haqqul  Yakin
-  Melihat  kedatangan  Nafas  dari  Pandangan Ainul Yakin
- Tarbiyyah  diri  dengan  Muttu  Qabla  an  tamutu [ hadis]
   Latih mematikan diri-
 
- Latih pergerakan Allah-(memulangkan Zat,Sifat,Asma,Af’al Allah s.w.t)
  Dengan  Muraqabah  dan  Musyahadah

- Latih Ilmu Allah dengan  KALIMAH  Syahadah  dan  Syuhud (Qudrat”Kuasa”,Iradat”berkehendak”,Ilmu”ilmu”,Hayat”hidup”)

Bagi kaum Arifbillah, Nafas  adalah Imej  cermin  dari  Roh , nafas adalah kembar bagi Ruh. Ruh adalah hakikat dan nafas adalah syariatnya di alam ini.Ruh ibarat kapal, ombak bagaikan nafas.Jika tenang ombak, tenanglah perjalanan kapal. Begitu juga Ruh, jika nafas seorang hamba tenang, maka ia memberi kesan pada ruhnya.

Kaum Arifbillah  dan  ahli  Rohani amat mementingkan latihan pernafasan. Bila pernafasan elok, maka akan eloklah perjalanan ruh dengan ROBBnnya. Emosi amat mempengaruhi pernafasan, baik ia dalam keadaan marah “stress” atau tenang.Jika seseorang itu berjaya mengawal emosinya.

Mereka  yang  tidak  mementingkan  rohani  adalah  seperti  jasad  yang  tiada  Roh , mereka  amat  di perbodohkan  oleh  syaitan ,  apa  guna  sebatang  jasad  walaupun  ianya  seorang  raja , seorang  yang cantik dan kaya   jika  tiada  Roh  dan Nyawa  akan  di  kebumikan  dengan  secepat  mungkin. Roh  dan kerohanian  amat  penting  dalam  memahami  pengertian  hidup  dan  perjalanan  hidup  ini .

Nafas  berasal  dari  Robbul  'Alameen ,  Soalan  pertama  adalah  mengenal  Bagaimana  turun  dan  naiknya  Nafas  ini  dari  sebatang  tubuh  yang  tidak  ada  daya  dan  kekuatan ,  dan  bagaimana   ratusan, ribuan dan  jutaan  makhluk menerima Nafas  turun ,  Nafas naik  dengan  secara  sistematik  dan  secara  teratur  dan  tanpa  ada  gangguan  ,  dan  tiada  kehilangan  satu  nafas   yang   terkendala   dalam  ribuan  juta   tahun  kecuali   sudah  sampai  ajal  maut  seseorang  itu   dengan  taqdir  Nafas  dan  usia  hayatnya. Nafas adalah sumber kehidupan, tanpa nafas hancurlah kehidupan.Nafas adalah al-Hayat yang datang dari Tuhan, ia adalah rahsia Illahi.Para ulama sufi mengamalkan zikir nafas untuk pembersihan rohani, manakala para ahli “tenaga dalam” mengamalkan pernafasan untuk mengaktifkan tenaga ghaibnya sehingga dapat melakukan perkara yang luar kekuatan jasad.Kaum sufi menamakan ianya sebagai Nasma iaitu gabungan antara Ruh Jasmani dan jasad.

Zikir  Nafas  adalah  motorik kepada  semua  sistem rohani  dan  jasmani.Zikir Nafas adalah merupakan IBU kepada segala zikir.Zikir ini mempunyai banyak keistimewaan.Zikir Nafas ini ada pecahan dan rangkaiannya tersendiri.Pecahan zikir ini ialah zikir Nufus, Tanafas dan Amfas.

Keempat-empat perkara ini berkaitan diantara satu sama lain.Bermula nafas itu kerana anfas, dan hidup anfas itu kerana nufus, manakala hidup nufus itu dengan rahsia dan rahasia itulah merupakan (diri) rahsia Allah.Nufus,Anfas dan Tanafas itu adalah satu perkara yang ghaib, yang wujud tanpa dapat dirasa dan dilihat seperti mana nafas.Adalah tidak sedap membicarakan sesuatu yang tidak boleh dibuktikan dengan ilmu yakin, ataupun ainul yakin.Kerana ini boleh menimbulkan fitnah besar kepada pembicaranya kelak.Sudah menjadi ghalib manusia ia akan menolak sesuatu yang tidak tercapai oleh akal dan ilmunya, meskipun jalan paling baik jika ia terserempak dengan keadaan demikian ialah dengan mendiamkan diri (tawakuf) disamping belajar untuk memahaminya.

Kedudukan  Sistem  Bathin  dan Spiritual  ini  bergerak  dengan  Kuasa   Qudrat  yang  mutlak  dan  hanya   dapat  di  lihat  dengan  mati  hati  oleh  mereka  yang  telah  hidup  hati  mereka  secara  zahir  dan  bathin. Tanpa  ILMU  Mata  hati  memang  hati  itu  tidak  akan  terbuka  dan   hidup  dan  tidak  akan   dapat  memperhatikan  keajaibaan  hati  ini. Kedudukan Anfas ialah dihidung.Tanafas ditelinga dan Nufus diJantung, manakala Nafas ialah dimulut.Anfas,Nafas,Tanafas dan Nufus ini merupakan satu “kuasa” ataupun keadaan yang keluar masuk (bergerak) dalam tubuh seseorang manusia.

Apakah  insan  mudah  memahami   gerakan  sistem  spiritual  dan  rohani  ini   tanpa  mengenal  Robbnya  dan  ILLAH nya  ,  dia  sekali-kali  tidak  akan  mengenal  Robb nya   tanpa  ILMU  KALIMAH  LA  ILAHA  ILLALLAH. Semua  sistem  pergerakan  Nafas , Anfus , tanafas  adalah  satu  sistem  Unggul  dan  yang  ajaib yang  penuh  dengan  mukjizat.Tanafas ia bergerak di telinga,Nufus dijantung,Anfas di hidung sementara Nafas pula dimulut.Diantara keempat unsur ini,Nafaslah yang boleh dirasa dan disentuh serta mudah untuk diyakini (kalau kita membicarakan) kerana setiap orang boleh merasakan dengan perasaan zahir.

Nafas  adalah  sumber  utama  dalam  menghidupkan  hati  dan  jasad. memahaminya  dan  menguasainya  akan  membawa  Insan  itu  kepada  kejayaan.Nafas  adalah  saluran penting  bagi  kita  meneruskan  hidup  di atas  bumi  ini, ada jasad  tanpa  Nafas  ,  tidak  berguna  jasad ini. Ada  roh  tapi  tiada  Nafas   tidak  juga  bermanfaat  Roh  itu  kepada  jaasad  itu.
Bila sebut Nafas orang tahu,iaitu angin yang keluar masuk dari pada lubang hidung dan mulut (daripada luar tubuh kedalam tubuh).Kalau mengikut pengertian saintifik,udara yang keluar dari mulut atau hidung itu ialah karbondioksida yakni bahan “perkumuhan”, sementara yang disedut masuk itu pula ialah oksigen.Fungsi oksigen ini ialah untuk memutarkan darah dalam jantung, membolehkan nyawa bergerak.Oksigen itu disedut dari luar dimana ianya diproseskan oleh tumbuh-tumbuhan dan alam seluruhnya.


Fikirlah  dan  renungkan lah  betapa  pentingnya  penguasan  Nafas  dalam  hidup  dan  tanpa   penguasan  ini  anda  tidak  akan  bahagia  secara  zahir  dan  bathin. Ramai  ahli  sains  mengakui  hakikat  ini  bahwa  semua  punca  masalah  hidup  yang  membawa  kepada  keadaan  tidak  bahagia  adalah  kerana  tidak  wujud  harmoni  di  antara   jasad  dan  qalbu  -  emosi  dan  minda. 

Mengikut kajian pakar 80% punca pesakit adalah berpunca dari ketidakstabilan emosi atau masalah psikologi.Emosi  dan  jasad  ada  kaitan  yang  amat  rapat  jika  tidak  di  kawal  ianya  akan  membawa  mudarat  kepada  tubuh    dan  juga  anggota  badan  yang  menjalankan  tugas  penting  dalam  sistem  peredaran  darah  dan  sistem  oxygenation. Justeru itu rawatan yang paling baik ialah membina motivasi seseorang itu kepada kekuatan dalaman.Tiada pembinaan yang paling baik melainkan mendekatkan manusia itu dengan RabbNya.

Zikir yang digabungkan dengan teknik pernafasan yang betul, atau disebut oleh ahli Tasauf sebagai zikir nafas, akan memberi kesan yang hebat. Imam Ghazali mengatakan zikir yang dilakukan dengan cara menahan nafas akan mempercepatkan proses penyucian hati (membakar mazmumah).

Pernafasan yang betul akan memaksimumkan penyerapan oksigen yang amat penting dalam kehidupan dan kesihatan manusia.Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang terdedah kepada pelbagai penyakit seperti kanker,gangguan saraf, leukemia dan lain-lain.

Teknik Terapi Zikir pernafasan:
Perut dikempeskan se-kempes mungkin dan dikeraskan, agar energi yang dibangkitkan besar.

> Tarik nafas perlahan-lahan  dan  kemudian dalam-dalam, dada digembungkan, perut dikecilkan, tahan selama beberapa detik agar diproses oleh paru-paru, dan lepaskan.

> Penarikan  Nafas  harus  dengan  tertib  dan  juga  secara  natural tanpa  di paksa  ataupun  di  desak  -  kaedah  ini  akan  gagal  menghasilkan  satu  proses  yang  mukammil.

> Kemudian tarik nafas kembali dalam-dalam, tahan selama beberapa detik, dan selanjutnya[  sebaik  nya  5-1-5  atau  10-1-10  atau  pun  3-1-3] , tarik  3  saat  - tahan  1  saat  -  dan  lepas  3  saat ]  atau  ikut kekuatan  daya  tarikan  dan  hembusan.

> Lanjutkan terapi pernapasan dengan dada tetap digembungkan, dan perut tetap dikempeskan dan dikeraskan.
Menarik nafas dengan membayangkan menghirup udara yang bersih dan sehat, lepaskan napas dengan membayangkan membuang penyakit, racun dan udara kotor.

Nafas ditahan agar proses biologis didalam paru-paru berlangsung sempurna, yaitu : oksigen yang diudara diserap oleh paru-paru ( secara maximal ) dan udara kotor beracun ( CO2 ) dilepaskan ke-udara untuk kemudian dibuang keluar saat melepaskan napas. ( Dengan bernapas biasa maka proses berlangsung tidak sempurna, karena belum sempat terjadi pertukaran secara lengkap, udara sudah dikeluarkan lagi dari paru-paru ).
Waktu ingin melakukan zikir nafas kita wajib memulangkan Zat, Sifat, Af’al kita kepada Zat, Sifat, Af’al Allah yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang batin iaitu Ruh dan pulangkan wujud Ruh pada hakikatnya Wujud Yang Qadim Zat Allah jua.La maujud illallah yang bermaksud tiada yang ada di alam mini pada hakikatnya melainkan Allah jua.Hakikat nafi pada diri kita ialah la wujud(tiada yg wujud) , laa qadir (tiada yg Maha kuasa) , la hayun, la muridun, la alimun (tiada yg Maha mengetahui) , la samii’un(tiada yg mendengar) , la basirun (tiada yg Maha melihat) , la mutakalimun fil haqiqah illaLah.

Berkata para Arifbillah, ”matikan diri kamu sebelum kamu dimatikan”.[ Hadis Sohih].

Mati disini dibahagikan kepada empat:

1) Mati Hissii iaitu seolah-olah sudah bercerai ruh dari jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya hanya Allah jua yang berkuasa, kemudian dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan kebesaran iaitu sifat Jalal dan JamalNya dan kesucianNya.


2) Apa  dia  hakikat  Asolatu  Mi’raju  lil Mukminiin. Miraj iaitu selepas sempurna mematikan diri kita hendaklah malakukan miraj ertinya iaitu menaikkan nafas kita malalyui alam “Qaba qawsain au adna” iaitu antara kening merasa penuh limpah dalam alam Qudus iaitu dalam benak kepala kita hingga hilang segala ingatan yang lainnya.Ia dinamakan mati ma’nawi iaitu hilang segala sesuatu didalam hatimu melainkan hanya berhadapan pada Allah jua.


3) Mati  dalam  Hidup  dan  Hidup  dalam kematian ,  ini lah  hakikat  matilah  kamu  sebelum  kamu  di  matikan. Mati segala usaha ikhtiar segala daya upaya diri kita hanya kita mendirikan sembahyang dengan melihat pada matahatinya dari Allah,dengan Allah dan untuk Allah.Dari Allah menggerakkan Ruhaniah,dari ruhaniah menggerakan Al-Hayat, dari Al-Hayat menggerakkan nafas dan dari nafas menggerakkan jasad dan adalah pada hakikatnya itu Allah jua yang menggerakkan sekaliannya sebagaimana firmaNya: “Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad  ketika engkau melontar, tetapi Allah yang melontarnya…”.Pada pandangan dzahirnya perbuatan hamba tetapi pada pandangan matahati perbuatan Allah jua.

4)  Mati  dalam  tidur -  Ini  adalah  satu  rahsia  makrifah  dalam  hidup  yang  hanya  di  ketahui  oleh  para  Arif Billah  dan  ‘Alimbillah -  bukannya  oleh  alimbil kitaab,  ramai  orang  alim  bil kitaab  tetapi  jahil  tentang  Allah  dan  segala  ilmu  tauhid  dan  makrifatullah.


Zikir  Nafas   adalah  Ummul  Zikir.  Dan  seafdal-afdal  Zikir  yang  mampu  memberi  kekuatan  Rohani  adalah  Zikir  Khafi,  ini  di  jelaskan   dalam  beberapa  hadis  sohih.Zikir  Nafas   adalah  selaku  Nur Cahaya  yang  memancar  keseluruh  jiwa  seorang  pengamal  Zikir  Nafas.Zikir nafas ini adalah besar faedahnya.Dengan melakukan zikir nafas sahaja ia boleh memecahkan ketulan darah hitam yang berada dihati yang dianggap sebagai istana iblis itu.Selagi istana Iblis tidak terpecah dan hancur musnah Nur Qalbi sebagai penyuluh lampu ma’rifat yang diharapkan itu tidak mungkin diperoleh.Nur itu tidak akan bersinar menyuluh kegelapan dalam diri.Kalaupun ia menyala tetapi cahayanya tidak berterusan.Zikir  Nafas  adalah  ibu  segala  zikir. Ianya  mampu  membersihkan  segala  kotoran  dalaman  dan  rohani .

Sabtu, 28 Februari 2015

IKHLAS


(BERSIH HATI DARI SEGALA TUJUAN SELAIN KEREDHAAN ALLAH S.W.T.)

 Alfaqieh Abul-Laits berkata: “Telah menerangkan kepada kami Muhammad bin Alfadhel bin Ahnaf berkata: “Telah menerang kepada kami Muhammad bin Ja’far Alkaraabisi ia berkata : “Telah menerang kepada kami Ibrahim bin Yusuf ia berkata: “telah menerang kepada kami Ismail bin Ja’far, dari Amr Maula Almuththalib dari Ashim dan Muhammad bin Labied berkata: Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Yang sangat saya kuatirkan atas kamu ialah syirik yang terkecil.” Sahabat bertanya: “Ya Rasullullah, apakah syirik yang kecil itu?” Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: “Riyaa. Pada hari pembalasan kelak Allah s.w.t. berkata kepada mereka : “Pergilah kamu kepada orang-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka didunia, lihatlah disana kalau-kalau kamu mendapatkan kebaikan dari mereka.”

Riyaa ialah beramal untuk dilihat orang, dipuji dilihat orang, Abul Laits berkata: “Dikatakan pada mereka sedemikian itu kerana amal perbuatan mereka ketika didunia secara tipuan, maka dibalas demikian.”Firman Allah s.w.t.: Yukhaa di’unnallah wahuwa khaa di’uhum.

Allah s.w.t. membalas cara tipuan mereka itu dan membatalkan semua amal perbuatan mereka itu, kerana kamu dahulu tidak beramal untukKu maka pembalasan amalmu itu tidak ada padaKu, sebab tiap amal yang tidak ikhlas kepada Allah s.w.t., maka tidak sampai kepadaNya, kerana itu tiap amal yang dikerjakan tidak kerana Allah s.w.t. dan kerana lainnya, maka Allah s.w.t. lepas tangan daripadanya.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata, dari Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Allah s.w.t. telah berfirman: ‘ Akulah yang terkaya dari semua sekutu, Aku tidak berhajat kepada amal yang dipersekutukan, maka siapa beramal lalu mempersekutukan kepada selainKu, maka Aku lepas bebas dari amal itu.”

Hadis ini sebagai dalil bahawa Allah s.w.t. tidak menerima amal kecuali yang ikhlas kepada Allah s.w.t., maka jika tidak ikhlas, tidak diterima dan tidak ada pahalanya, bahkan tempatnya tetap dalam neraka jahannam, sebagaimana tersebut dalam ayat 18 surah Al-Israa:’Man kaana yuriidul aa-jilat ajjalna lahu fiha maa nasyaa’u liman nuridu, tsumma ja’alna lahu jahannam yash laaha madzmuman mad-hura (18). Wa man aradal akhirota wa sa’a laha sa’yaha wa huwa mu’minun, fa ulaa’ika kaana sa’yuhum masy-kuura. (19). Kullan numiddu haa ulaa’i, wahaa ulaa’i athaa’i robbika, wama kaana athaa’u robbika mah-dzuura (20).

Bermaksud: Siapa yang menginginkan dunia dengan amalnya, Kami berikan kepadanya dari kekayaan dunia bagi siapa Kami kehendaki kebinasaannya, kemudian Kami masukkan ia kedalam neraka jahannam sebagai orang terhina dan terusir jauh dari rahmat Allah (18). Dan siapa yang menginginkan akhirat dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas, dan disertai iman, maka usaha amal mereka itulah yang terpuji (diterima) (19). Masing-masing dari dua golongan Kami beri rezki, dan pemberian Tuhanmu tidak terhalang, baik terhadap mukmin, kafir, berbakti maupun lacur (20).

Dari ayat keterangan ini nyatalah bahawa yang beramal kerana Allah s.w.t. maka akan diterima sedang yang beramal tidak kerana Allah s.w.t. tidak akan diterima dan hanya lelah dan susah semata-mata, sebagimana dinyatakan dalam hadis: Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Rubba sha’imin laisa lahu hadhdhun min shaumihi illal ju’a wal athsy wa rubba qaai’min laisa lahu hadhdhun min qiyamihi illal-sahar wannashabu’. Maksudnya: ‘Adakalanya orang puasa dan tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan haus, dan ada kalanya orang bangun malam dan tidak mendapat apa-apa dari bangunnya kecuali tidak tidur semata-mata, yakni tidak mendapat pahala dari amalnya’.

Seorang ahli hikmah berkata: “Contoh orang yang beramal dengan riyaa’ atau sum’ah itu bagaikan orang yang keluar kepasar dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan orang melihat poketnya semua berasa kagum dan berkata: “Alangkah penuhnya poket uang orang itu.”, tetapi sebenarnya dia sama sekali tidak berguna sebab tidak dapat dibeli apa-apa tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang sahaja. Demikianlah pula orang yang beramal dengan riyaa’ sum’ah, tidak ada pahalanya diakhirat kelak.” Sebagaimana firman Allah s.w.t.: “Wa qadimna ila amilu min faja’alnahu habaa’an mantsuura.”yang bermaksud: “Dan Kami periksa semua amal perbuatan mereka, lalu Kami jadikan debu yang berhamburan.”

Waki’ meriwayatkan dari Sufyan Atstsauri dari orang yang mendengar Mujahid berkata: “Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: Ya Rasullullah, saya bersedekah mengharapkan kerihdaan Allah s.w.t. dan ingin juga disebut dengan baik.” Maka turunlah ayat 111 surah al-Kahfi: “Faman kaana yarju liqaa’a rabbihi fal ya’mal amalan shaliha, walaa yusyrik bi ‘ibaadati rabbihi ahada’. yang bermaksud: “Maka siapa yang benar-benar mengharap akan bertemu dengan Tuhannya, maka hendaklah ia berbuat amal yang baik, dan jangan mempersekutukan Allah dalam semua ibadatnya dengan sesiapa.”

Siapa yang takut tanpa hati-hati, maka tidak berguna takut itu, seperti berkata: “Saya takut kepada siksaan Allah s.w.t. tetapi tidak berhati-hati dari dosa, maka tidak berguna takutnya itu. Siapa yang mengharapkan tanpa amal seperti mengharapkan pahala dari Allah s.w.t. tetapi tidak beramal, maka tidak berguna harapannya itu. Siapa yang niat tanpa perlaksanaan, niat yang berbuat kebaikan tetapi tidak melaksanakan akan tidak berguna niatnya itu. Siapa berdoa tanpa usaha, seperti berdoa semoga mendapat taufiq untuk kebaikan, tetapi tidak berusaha untuk kebaikan. Siapa yang beristigfar tanpa penyesalan, maka tidak akan berguna istigfarnya itu. Siapa yang tidak menyesuaikan lahir dengan batiniahnya, seperti lahirnya untuk berbuat kebaikan tetapi hati tidak ikhlas. Siapa yang amal tanpa ikhlas maka tidak akan berguna amal perbuatannya.

Abu Hurairah berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum (golongan) yang mencari dunia dengan menjual agama, memakai pakaian bulu domba, lidah mereka lebih manis dari madu sedang hati mereka bagaikan serigala. Allah akan berfirman kepada mereka: Apakah terhadapKu mereka bermain-main dan melawan, dengan kebesaran-Ku, Aku bersumpah akan menurunkan kepada mereka fitnah ujian bala sehingga seorang yang berakal tenang akan bingung.”

Waki’ meriwayatkan dari Sufyan dari Habib dari Abi Salih berkata: Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: “Ya, Rasullullah, saya berbuat suatu amal yang saya sembunyikan kemudian diketahui orang, maka saya merasa senang, apakah masih mendapat pahala? Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: “Ya. bagimu pahala rahasia dan terang.”

Abul-Laits berkata: “Diketahui orang sehingga ditiru, maka ia mendapat pahala kerana beramal dan mendapat pahala kerana ditiru orang.” Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Siapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari qiamat, dan siapa yang memberi contoh kejahatan maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari qiamat.”

Abdullah bin Almubarak meriwayatkan dari Abubakar bin Maryam dari Dhomiroh dari Abu Habib berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Adakalanya para Malaikat membawa amal seorang hamba dan mereka anggap banyak dan mereka menyanjungnya sehingga sampai kehadirat Allah, maka Allah berfirman kepada mereka: Kamu hanya mencatat amal hambaku, sedang Aku mengawasi isi dan niat hatinya, hambaku ini tidak ikhlas kepadaKu dan amalnya, maka catatlah dalam sijjin, dan ada kalanya membawa naik amal hamba lalu mereka menganggap sedikit dan kecil sehingga sampai kehadapan Allah, maka  Allah berfirman kepada para Malaikat: Kamu mencatat amal perbuatan hambaKu dan Aku mengawasi isi hati dan niatnya, orang ini benar-benar ikhlas dalam amal perbuatannya kepadaKu, catatlah amalnya itu dalam illiyin.”

Dengan ini nyatalah bahawa amal yang sedikit dengan ikhlas lebih baik daripada yang banyak jika tidak ikhlas, sebab amal yang diterima oleh Allah s.w.t. dilipat gandakan pahalanya. Adapun yang tidak ikhlas maka tidak ada pahalanya, bahkan tempatnya dalam neraka jahannam.

Abu-Laits berkata: Saya telah diceritakan oleh beberapa ulama dengan sanad mereka yang langsung dari Uqbah bin Muslim dari Samir Al-ash-bahi berkata: “Bahwa ia ketika masuk ke kota Madinah melihat seorang yang dikerumuni oleh orang ramai, lalu saya bertanya: “Siapakah orang itu?” Jawab orang-orang:  “Itu Abu Hurairah r.a.”. Maka saya mendekati kepadanya dan ketika tiada lagi orang ramai disitu, saya pun bertanya kepadanya: “Saya tuntut engkau demi Allah, ceritakan kepadaku satu hadis yang telah kau dengar dan kau ingat langsung daripada Rasullullah s.a.w.” Abu Hurairah r.a.  berkata: “Duduklah, akan saya ceritakan kepadamu hadis yang saya sendiri mendengar dari Rasullullah s.a.w. yang waktu itu tiada orang lain bersama kami.”

Kemudian Abu Hurairah r.a. pun menarik nafas yang berat lalu pingsan, kemudian setelah sedar dari pingsan itu dia pun mengusapkan mukanya sambil berkata: “Akan aku ceritakan hadist Rasullullah s.a.w. .”, kemudian dia menarik nafas yang berat lagi dan pingsan semula. Agak lama kemudian dia sedar dan mengusapkan mukanya lalu berkata : Rasullullah s.a.w. telah bersabda: “Apabila hari kiamat kelak maka Allah s.w.t. akan menghukum diantara semua makhluk dan semua ummat bertekuk lutut, dan pertama yang dipanggil ialah orang yang mengerti al-Quran, dan orang yang mati fisabilillah, dan orang kaya.

Maka Allah s.w.t. menanyakan kepada orang yang pandai al-Quran: Tidakkah Aku telah mengajar kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusanKu? Jawab orang itu: Benar, ya Tuhanku. lalu kau berbuat apa terhadap apa yang telah engkau ketahui itu? Jawabnya: Saya telah mempelajarinya diwaktu malam dan mengerjakannya diwaktu siang. Firman Allah s.w.t. : Dusta kau. Lalu malaikat juga berkata: Dusta kau, sebaliknya kau hanya ingin disebut qari, ahli dalam al-Quran, dan sudah disebut yang demikian itu.

Lalu dipanggil orang kaya dan ditanya: Engkau berbuat apa terhadap harta yang Aku berikan kepada kamu? Jawabnya: ‘Saya telah menggunakan untuk membantu kaum keluarga dan bersedekah’. Dijawab Allah s.w.t. :Dusta kau. Para malaikat pun berkata: Dusta kau, kau berbuat begitu hanya karena ingin disebut sebagai seorang dermawan, dan sudah terkenal sedemikian. Lalu dihadapkan orang yang mati berhijad fisabilillah lalu ditanya: Kenapa kau terbunuh? Jawabnya: Saya telah berperang untuk menegakkan agamaMu sehingga terbunuh. Allah s.w.t. berfirman: Dusta engkau. Dan malaikat juga berkata: Dusta engkau, kau hanya ingin disebut sebagai seorang pahlawan yang gagah berani dan sudah disebut sedemikian.

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. memukul lututku (pahaku) sambil bersabda yang bermaksud: “Hai Abu Hurairah, ketiga orang itulah yang pertama-tama yang dibakar dalam api neraka pada hari kiamat.” Kemudian berita itu sampai kepada Mu’awiyah maka ia menangis dan berkata: “Benar sabda Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.“. Kemudian ia membaca ayat 15-16 surah Hud yang berbunyi: ‘Man kaana yuridul haya wazinataha nuwaffi ilaihim a’maalahum fiha wahum fiha laa yubkhosun. Ulaa’ikal ladzina laisa lahum fil aakhiroti illannar wa habitha maa shona’u fiha wabaa thiun maa kaanuu ya’malun’.  Yang bermaksud: ‘Siapa yang niat dengan amalnya hanya semata-mata keduniaan dan keindahannya maka Kami akan memberi kepada mereka semua amalnya dan mereka didunia tidak akan dikurangi (dirugikan)’. Mereka itulah yang tidak mendapat diakhirat kecuali api neraka, dan gugur semua amal mereka itu, bahkan palsu semua perbuatan mereka itu’.

Abdullah bin Haanif Al-inthoki berkata: Pada hari kiamat bila seseorang mengharap amalnya kepada Allah s.w.t. maka dijawab: Tidakkah Kami telah membayar kontan pahalamu, tidakkah Kami telah memberi tempat padamu dalam tiap majlis. tidakkah Kami telah terangkat sebagai pimpinan/ketua, tidakkah telah Kami murah (mudah)kan jual belimu (yakni selalu dapat potongan harga jika membeli sesuatu) dan seterusnya.

Seorang hakim telah berkata: Orang yang ikhlas ialah orang yang menyembunyikan perbuatan kebaikannya sebagaimana menyembunyikan kejahatannya. Pendapat yang lain pula berbunyi: Puncak ikhlas itu ialah tidak ingin pujian orang. Dzinnun Almishri ketika ditanya: “Bilakah orang diketahui bahwa ia termasuk pilihan Allah s.w.t.“? Jawabnya: “Jika tidak meninggalkan istirehat dan dapat memberikan apa yang ada, dan tidak menginginkan kedudukan dan tidak mengharapkan pujian tahu celaan orang. (Yakni dipuji tidak merasa besar dan dicela tidak merasa kecil)

Ady bin Hatim Aththa’i berkata Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ‘Pada hari kiamat beberapa orang yang diperintahkan untuk membawa ke syurga dan setelah melihat segala keindahannya serta merasakan bau harumnya maka diperintahkan untuk dijauhkan daripadanya karena mereka tidak ada bagian didalamnya, maka kembali mereka dengan penjelasan yang tidak ada tara bandingnya, sehingga mereka berkata: Ya Tuhan, andaikan Kau masukkan kami kedalam neraka sebelum Kau perlihatkan kami pahala yang Kau sediakan bagi para waliMu. Jawab Allah: Sengaja Aku berbuat itu kepada kamu, kamu dahulu bila bersendirian berbuat dosa-dosa besar, dan bila dimuka orang-orang berlagak alim sopan dan taat, kamu hanya riya’, memperlihatkan kebaikan kepada manusia, dan tidak takut kepadaKu, kamu mengagungkan orang dan tidak mengagungkan Aku, maka kini Aku merasakan kepada kamu kepedihan siksaKu, disamping Aku haramkan atas kamu kebesaran pahalaKu’.

Abdullah bin Abbas r.a. berkata Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Ketika Allah telah melengkapi syurga ‘Adnin dengan segala keindahan yang belum dilihat oleh mata, dan terdengar oleh telinga dan tergerak dalam hati (khayal) manusia, maka Allah menyuruhnya supaya berkata-kata, maka syurga itu berkata : Qad aflahal mu’minum (3x) (Sungguh untung orang yang beriman/percaya) Inni haram ‘ala kulli bakhil wa munafiq wa muraa’i (3x) (Saya diharamkan untuk dimasuki oleh tiap orang yang bakhil dan orang munafiq dan orang yang berbuat riyaa).

Ali bin Abi Thaalib r.a. berkata: “Tanda orang yang riyaa’ itu ada empat yakni 1.malas jika bersendirian, dan 2.tangkas jika dimuka orang, dan 3.menambah amalnya jika dipuji, dan 4.mengurangi jika dicela.

Syaqiq bin Ibrahim berkata: “Benteng amal itu ada tiga iaitu Harus merasa bahwa itu hidayat dan taufiq dari Allah s.w.t., Harus niat untuk mendapat ridha Allah s.w.t. untuk mematahkan hawa nafsu dan Harus mengharap pahala dari Allah s.w.t. untuk menghilangkan rasa tamak, rakus riyaa’ dan dengan ketiga ini amal dapat ikhlas kepada Allah s.w.t. Mengharap ridha Allah s.w.t. supaya tiap amal hanya untuk yang diridhai Allah s.w.t. supaya tidak beramal terdorong oleh hawa nafsu, dan apabila amal itu kerana mengharap pahala dari Allah s.w.t. maka tidak hirau terhadap pujian atau celaan orang.

Seorang hakim berkata: “Seharusnya  seorang yang beramal itu belajar adab dari pengembala kambing.” Ketika ditanya bagaimanakah? Jawabnya: “Pengembala itu jika sembahyang ditengah-tengah kambingnya, sekali-kali tidak mengharap pujian dari kambing-kambingnya, demikianlah seorang yang beramal harus tidak menghiraukan apakah dilihat orang atau tidak.”

Seorang hakim berkata: “Untuk keselamatan suatu amal berhajat pada empat macam iaitu pertama: Ilmu pengetahuan, sebab amal tanpa ilmu lebih banyak salah daripada benarnya,kedua Niat, sebab tiap amal amat terpenting pada niatnya, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. : “Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan yang dianggap bagi tiap orang apa yang ia niatkan.” dan ketiga Sabar, supaya dapat melaksanakan amal itu dengan baik dan sempurna, thuma’ninah dan tidak keburu , keempatnya ialah Tulus ikhlas, sebab amal tidak akan diterima tanpa keikhlasan.

Haram bin Hayyan berkata: “Tiada seorang yang menghadap kepada Allah s.w.t. akan menghadapkan hati orang-orang yang beriman sehingga kasih dan sayang kepadanya.” Suhail bin Shalib dari ayahnya Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t. bila cinta pada seseorang hamba berkata kepada Jibril: Sesungguhnya Aku kasih kepada fulan, maka kau kasih kepadanya, lalu Jibril berkata kepada semua penduduk langit: Sesungguhnya Tuhanmu kasih kepada fulan, maka kamu harus kasih kepadanya, setelah dikasihi oleh ahli langit, maka disebarkan rasa kasih diatas bumi, dan sebaliknya jika Allah s.w.t. murka (benci) pada seorang hamba, demikian juga adanya.”

Syaqiq bin Ibrahim ditanya: “Bagaimana dapat mengetahui bahwa seorang yang soleh, sebab orang mengatakan bahawa saya orang solihin?” Jawab Syaqiq: “Tunjukkan rahasiamu pada orang-orang soleh, maka bila mereka rela pada itu, berarti kau soleh. Kedua, tawarkan dunia ini pada hatimu, maka bila ia menolak, itulah tandanya kau soleh dan ketiga, tawarkan maut kepada dirimu, maka jika ia berani dan mnegharap tanda bahawa kau orang yang soleh, bila tidak maka bukan soleh, dan bila ada ketiga-tiganya padamu, maka mintalah selalu kepada Allah s.w.t. jangan sampai memasukkan riyaa’ dalam semua amalmu supaya tidak rosak amalmu.”

                    Tsabit Albunani dari Anas bin Malik r.a. berkata bahwa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu siapakah orang mukmin? Jawab sahabat: “Allah s.w.t. dan Rasullullahlah yang lebih mengetahui.” Baginda s.a.w. bersabda: “Seorang mukmin iaitu orang yang tidak mati sehingga Allah memenuhi pendengarannya dengan apa yang ia suka dan andaikan seorang berbuat taat didalam rumah yang berlapis tujuh puluh dan pada tiap rumah ada pintu besi, niscaya Allah akan menampakkan amal itu sehingga dibicarakan orang dan dilebih-lebihkan.” Ditanya oleh para sahabat: “Ya Rasulullah, bagaimana dilebih-lebihkan?” Jawab Nabi Muhammad s.a.w. : Seorang mukmin suka bila amalnya bertambah.” Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. pula bertanya: Tahukah kamu siapa pula yang fajir (derhaka)?”. Jawab sahabat: “Allah s.w.t. dan Rasullullah lah yang lebih mengetahui.” Bersabda Nabi Muhammad s.a.w. : “Yaitu orang yang tidak mati sehingga Allah s.w.t. memenuhi pendengarannya dengan apa yang tidak disukai, dan andaikan seorang berbuat maksiat didalam rumah yang berlapis tujuh puluh rumah dan masing-masing berpintu besi, niscaya Allah s.w.t. akan memperlihatkan pakaian amal itu sehingga dibicarakan orang dan ditambah-tambahi.” Ketika ditanya: “Bagaimana ditambah, ya Rasullullah?’ Jawab Rasullullah s.a.w : “Seorang fajir suka apa yang menambah durhakanya.”

Auf bin Abdullah berkata: “Orang-orang ahlil khoir satu sama lain berpesan tiga kalimah: Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah s.w.t. akan mencukupi urusan dunianya, dan siapa yang memperbaiki hubugannya dengan Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. akan memperbaiki hubungannya dengan sesama manusia, dan siapa yang memperbaiki hatinya maka Allah s.w.t. akan memperbaiki lahirnya.”

Hamid Allafaf berkata: “Jika Allah s.w.t. akan membinasakan seseorang, maka dihukum dengan tiga macam: Diberi ilmu tanpa amal, Diberi bersahabat dengan orang-orang yang soleh tetapi tidak mengikuti jejak mereka dan tidak beradap terhadap mereka serta ketiga diberi jalan untuk berbuat taat tetapi tidak ikhlas.”

Abul-Laits berkata: “Itu semua kerana jelek niatnya dan busuk hatinya, sebab sekiranya niatnya baik niscaya diberi manfaat dalam ilmunya dan ikhlas dalam amalnya, dan menghargai kedudukan orang-orang soleh.” Tambahnya lagi: “Saya telah diberitahu oleh orang yang dapat dipercayai dengan sanadnya dari jaballah Alyahshubi berkata: “Ketika kami bersama Abdul Malik bin Marwan dalam suatu peperangan, tiba-tiba kami bertemu dengan seseorang yang selalu bangun malam, bahkan tidak tidur malam kecuali sebentar, selama itu kami belum kenal padanya, kemudian kami ketahui bahwa ia adalah sahabat Rasullullah lalu ia bercerita kepada kami bahawa ada seorang bertanya: “Ya Rasullullah, dengan apakah mencapai keselamatan kelak?” Jawab Rasullullah s.a.w, “Jangan menipu Allah s.w.t.” Orang bertanya lagi: “Bagaimana menipu Allah s.w.t.?” Rasullullah s.a.w menjawab: “Yaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t., tidak kerana Allah s.w.t. dan berhati-hatilah kamu dari riyaa  kerana ia syirik terhadap Allah s.w.t.

Orang yang berbuat riyaa pada hari kiamat akan dipanggil dimuka umum dengan empat nama: Hai kafir, hari orang lancung, hai penipu, hai orang yang rugi, hilang semua amalmu dan batal pahalamu, maka tidak ada bagian bagimu kini, dan mintalah pahalamu dari orang yang kamu berbuat untuk mereka wahai penipu.” Saya bertanya lagi: “Demi Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia, apakah benar kau mendengar sendiri hadist ini dari Rasullullah s.a.w.?” Jawabnya: “Demi Allah s.w.t. yang tiada Tuhan kecuali Dia, sesungguhnya saya telah mendengar sendiri dari Rasullullah s.a.w kecuali jika saya keliru sedikit yang tidak saya sengajakan.” Kemudian ia membaca ayat: Innal munafaiqiina yukhadi ‘unallah wa huwa khaa di’uhum. Yang bermaksud: Sesungguhnya orang munafiq itu akan menipu Allah padahal Allah telah membalas tipu daya mereka’.

Abul-Laits berkata: “Siapa yang ingin mendapat pahala amalnya di akhirat, maka harus beramal dengan ikhlas kerana Allah s.w.t. tanpa riyaa’, kemudian melupakan amal itu supaya tidak dirusak oleh rasa ujub (bangga diri) sebab memang menjaga taat itu lebih berat dar ipada mengerjakannya.”

Abu Bakar Alwaasithi berkata: “Menjaga kebaikan taat itu lebih berat daripada mengerjakannya sebab ia bagaikan kaca yang cepat (mudah) pecah dan tidak dapat ditambal atau dipatri, maka tiap amal yang dihinggapi riyaa’ rosak dan tiap amal yang dihinggapi ujub (bangga diri) rosak. Maka apabila seorang dapat menghilangkan rasa riyaa’ dalam amalnya harus berbuat yang demikian, tetapi bila tidak dapat menghilangkan maka jangan sampai tidak beramal kerana belum dapat menghilangkan riyaa’ sebaiknya ia harus tetap beramal kemudian membaca istigfar dari pada rayaanya itu, kemudian dilain hari Allah s.w.t. memberinya taufiq untuk ikhlas dalam amal-amal yang lain.”

Salman Alfarisi r.a. berkata: “Allah s.w.t. menambah kekuatan orang mukmin dengan bantuan orang-orang munafiqiin dan menolong orang munafiqin dengan doa orang-orang mukmin.”


Abu-Laits berkata: “Orang-orang berpendapat bahwa didalam fardhu tidak dapat dimasuki riyaa’, sebab melakukan kewajiban, tetapi sebenarnya dapat saja riyaa’ itu masuk kedalamnya.” Tambahnya lagi: “Disini ada dua macam: Jika ia melakukan fardhu itu semata-mata kerana riyaa’ sehingga sekiranya tidak riyaa’ tidak melakukannya maka itu munafiq sepenuhnya, termasuk dalam golongan Innal munaafiqiina faddarkil asfali minannaar’.
( Sumber :Kitab Tanbihul Ghafilin)

Kenal Diri

Sabda Rasulallah saw:
‘MAN ‘ARAFA NAFSAHU FAQAD ‘ARAFA RABBAHU WAMAN ‘ARAFA RABBAHU FASADAl JASAD’.
“Sesiapa yang mengenal dirinya,tentu dia mengenal Robbnya dan sesiapa yang mengenal Robbnya, maka binasalah dirinya.”Firman Allah swt: “Dari Allah kau datang kepada Allah kau dikembalikan”(al-Baqarah:156)


Apabila Ruh diturunkan ke bumi, ia berhajat kepada Sifat Iftiqar Allah untuk berfungsi di atas muka bumi ini..Jika tiada Sifat Iftiqar,Ruh tidak berfungsi.Ini disebabkan ia memiliki sifat yang suci dan tinggi.Ia tiada pengetahuan dan kehendak terhadap alam yang rendah (dunia).Oleh itu, ia memerlukan  Sifat Iftiqar untuk melaksanakan tugas khalifah, untuk kehidupannya di dunia.


Empat Sifat Iftiqar yaitu :
1. Sifat Qudrat, 2.Hayat, 3.Iradat, 4.Ilmu.
Sebelum Ruh dimasukkan ke dalam jasad,Allah melapisi Ruh Al-Qudsi dengan lapisan-lapisan sampai kealam “Mulkiah” yang disebut “Qiswah Unsuriah” iaitu alam Jabarut, alam Malakut dan alam Mulki kerana kekuatan Ruh Al-Qudsi boleh menghancurkan jasad, sebagaimana cahaya matahari yang dihalangi cahayanya bumi dengan pelbagai lapisan agar tidak terbakar bumi ini kerana kepanasannya.
-ALLAH swt-RUH YANG SUCI Firman Allah swt: (“Lalu kutiupkan Roh-Ku dalam tubuh manusia.”Al-Hijr:29)


1) QUDRAT (Kuasa): iaitu dinyatakan pada (RUH JASMANI) dan diletakkan dalam jasad. .Ruh memerlukan jasad untuk bergerak di atas muka bumi.(NASMA “fizikal”: kuasa batin yang hebat). TANAH: tubuh badan-istana hakikat.

2) ILMU : ianya dinyatakan pada (RUH SULTANI) dan menjadi akal apabila digabungkan dgn unsur air dan diletakkan pada otak.Ruh tidak akan dapat berfikir untuk kehidupan di dunia tanpa ilmu bangsa dunia.(AIR: akal- ilham,laduni pandangan tajam hikmah).AIR: otak-istana syariat.


3) HAYAT (hidup): ianya dinyatakan pada (RUH AL HAYAT) dan menjadi nafas apabila bergabung dgn udara.Ruh memerlukan nafas untuk berhubung dgn nafas.(NAFAS: menstabilkan emosi,akal,kesihatan dan perjalanan Ruh). ANGIN,udara:sistem pernafasan-istana tarikat.


4) IRADAH (berkehendak): ianya dinyatakan pada (RUH SAIRANI RAWANI) dan menjadi nafas apabila digabungkan dengan unsur api dan diletakkan di jantung/qalbi.Ruh memerlukan nafsu yg bangsa dunia untuk memakmurkan dunia.(NAFSU:ketenangan,kasyaf,asyik,cinta,rindu,syuhud,makrifat) API: jantung-istana makrifat.Syaikh Abdul Qadir Jailani:Di dalam Kitab Sirrul Asrar menjelaskan :Ruh adalah hakikat diri manusia yang sebenar.Ruh adalah Nur cahaya yang tinggi yang dibaluti dengan beberapa lapisan pakaian sebelum diturunkan ke alam dunia ini agar jasad tidak terbakar.


“Manusia itu rahasiaku dan Aku adalah rahasia manusia.”(Hadis Qudsi)
Setiap Ruh mempunyai tempat di daerah ketika ia berada dalam jasad.Setiap insan wajib mengetahui bagaimana mahu mengolah setiap lapisan tersebut agar tersingkap baginya rahasia.

Kenali dirimu dengan merenungkan kedalam dirimu niscaya engkau akan mengenali Tuhanmu tanpa huruf,suara,tanpa dalil dan perantaraan. Galilah rahasia alam dirimu sendiri sehingga berjumpa dengan air dari alam Malakut,alam Jabarut dan akhirnya Lahut, niscaya kamu akan dapat menyaksikan kembali bagaimana dirimu berhimpun dan bertasbih di alam Lahut serta menyaksikan bagaimana dirimu bersaksi akan diri KeTuhanan sebagaimana firmannya: ”Adakah Aku Tuhan Kamu,(Ruh menjawab) Bahkan!Kami menyaksikan.”(al-Araf:172)


Sesiapa yang sampai kealam ini, ia mengambil ilmunya terus dari Allah tanpa perantaraan iaitu ilmu laduni.Di alam ini, ia beribadah dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah.Pandangannya senantiasa melihat pada dua alam, melihat diriNya di alam zahir iaitu Af’al,Sifat dan Asma, bermusyahadah dengan ZatNya di alam lahut.Adakala mereka itu fana (lebur) penglihatan di alam ini ketika mentajallikan rahasiaNya sehingga tiada yang dilihat melainkan Allah swt.


Bagaimana  hendak  Mengenal diri?
Apa yang  harus  di  kenali  dengan  diri  ini ?.
Adakah  Mengenal  Jasad  yang dikenali  oleh  semua  orang kafir dan  mushrik  dengan  itu  mereka  sudah  mengenal  Robb mereka?. Adakah  mengenal  Bathin sahaja   tanpa  mengetahui soal Rohani?.

·        Mengenal diri  tanpa  mengenal  jalan  mengenal  diri  anda  tidak  akan sampai  kepada  tujuan.
·        Mengenal Jalan  tanpa  mengenal  musuh  akan  tertewas  separuh jalan.
·        Mengenal  Musuh  tanpa  bersenjata  akan  di  kalahkan. Mempunyai senjata  lengkap  namun  tidak  mengenal  maqam  musuh  akan  menempuh  kekalahan.
·        Mengenal  senjata  dan  musuh  tetapi  tidak  ada  tarbiyah  dari  orang  mengenal  perjalanan  dan  kaeadah  juga  akan  binasa  dalam kesesatan.


Siapa yang benar mengenal dirinya, akan binasalah dirinya, tenggelam ia dalam lautan kefakiran, tenggelam ia dalam lautan ketiadaan keAkuan.
Didalam kitab Kasyful Asrar dinyatakan bahwa wujud insan adalah bayang-bayang kepada wujud Tuhan.Tiada akan wujud bayang-bayang ini jika tiada yang empunya bayang-bayang, tidak bergerak bayang-bayang melainkan bergeraknya tuan empunya bayang-bayang.


Apabila kamu memandang diri kamu, memandang kewujudan dirimu, maka kamu wajib memahami bahwa kamu ada pemiliknya.Wujud kamu menyatakan wujud diri-Nya.Dia ghaib dan kamu nyata, Dia hakikat dan kamu syariat, Dia adalah wujud dan kamu adalah bayang bagi wujud-Nya.Lihatlah diri kamu lagi,pandanglah segala sifat yang ada pada diri kamu,lihatlah matamu,lihatlah telingamu, lihatlah mulutmu,lihatlah akalmu,lihatlah gerak diammu,lihat rasa hatimu.Semuanya tidak lain melainkan kenyataan sifat-sifat-Nya.


Semoga hati kita tidak dibutakan sama sekali, sehingga tidak mengenal Diri-Nya. Meskipun Al-Ghaib tetapi sangat dekat sekali, bahkan lebih dekat Dia bila dibandingkan dengan urat nadi yang ada di lehernya sendiri.Berarti lebih dekat Dia meskipun dibandingkan dengan keluar masuknya nafas dalam dada. Maka firman-Nya yang memutuskan:

“Barang siapa yang hidupnya sekarang ini (di dunia) buta (mata hatinya tidak mengetahui keberadaan Diri Tuhannya yang dekat sekali dan Wajib Wujud-Nya), maka kelak di akhirat juga akan lebih buta dan lebih sesat jalannya.”(Al-Isra:72)

Jumat, 27 Februari 2015

Ghibah

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu apakah ghibah?” Jawab sahabat: “Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih mengetahui.” “Ghibah itu jika kau menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghibah padanya.” Jawab Rasulullah s.a.w. Lalu ditanya: “Bagaimana kalau saudaraku betul begitu?” “Jika yang kau sebut itu benar ada padanya. maka itu ghibah tetapi jika tidak betul maka itu buhtan (membuat-buat kepalsuan, pendustaan untuk menjelekkan nama orang).” jawab Rasulullah s.a.w.
                       
 Menyebut: “Baju orang itu pendek atau panjang.” itu bererti ghibah.
 Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abi Najih berkata: “Ada seorang wanita pendek datang kerumah Nabi Muhammad s.a.w. dan ketika telah keluar, Siti Aisyah r.a. berkata: “Alangkah pendeknya orang itu.” Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Engkau ghibah.” Aisyah r.a. berkata: “Saya tidak menyebut kecuali yang sebenarnya ada padanya.” Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Engkau telah menyebut yang paling jelek padanya.”

 Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Pada malam Israa ke langit aku melalui suatu kaum yang dipotongkan daging pinggangnya, kemudian dimakankan kepadanya dengan kalimat Makanlah apa yang dahulu kamu makan dari daging saudaramu. Maka saya bertanya: “Ya Jibril, siapakah mereka itu?” Jawabnya: “Mereka dari ummatmu yang mengumpat ghibah (menyebut kejelekkan orang lain) Hammaz lammaz iaitu mengejek dengan isyarat atau lidah atau dengan tangan.

 Abul Laits berkata: “Saya mendengar ayahku menceritakan suatu kisah seperti berikut:
 Ketika Nabi Muhammad s.a.w. dirumah, sedang sahabat ahlis-shuffah dimasjid dan Zaid bin Tsabit menceritakan apa yang telah ia dengar dari Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. dihantar oleh orang daging, maka ahlis-shuffah itu berkata kepada Zaid bin Tsabit: “Engkau masuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan katakan kepada Baginda s.a.w. bahawa kami sudah lama tidak makan daging, supaya Nabi Muhammad s.a.w. mengirimkan daging kepada kami.” Ketika Zaid telah berdiri dari mereka, mereka membicarakan Zaid diantara mereka: “Zaid itu telah mendapat dari Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang kami dapat, tetapi mengapa ia mengajar hadis kepada kami?” Maka ketika Zaid telah sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan menyampaikan amanat orang-orang ahlis-shuffah itu. tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada Zaid: “katakan kepada mereka: “Kamu kini telah makan daging”.

 Maka segera Zaid bin Tsabit kembali menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mereka berkata: “Demi Allah, kami sudah lama tidak makan daging.” Maka kembali Zaid kepada Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan jawapan orang-orang ahlis-shuffah itu, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap berkata: “Mereka kini telah makan daging.” Maka kembali Zaid kepada mereka dan menyampaikan apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Lalu ahlis-shuffah itu datang semua menghadap kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan oleh Nabi Muhammad s.a.w. langsung dikatakan: “Sekarang kamu telah makan daging saudaramu sedang bekas itu masih ada digigimu, cuba ludahlah kamu supaya dapat melihat merahnya darah daging itu.” Maka ludah orang-orang itu berupa darah, maka bertaubatlah mereka dan minta maaf kerana telah ghibah terhadap Zaid bin Tsabit.”

Jabir bin Abdillah r.a. berkata: “Terasa angin yang membawa bau busuk dimasa Nabi Muhammad s.a.w. Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Ada orang-orang munafiq yang ghibah orang muslimin, maka inilah tandanya bau busuk.” Allah s.w.t. akan menunjukkan kepada kaum muslimin yang taat dan patuh kenyataan kebusukan dari apa yang telah dilarang oleh Allah s.w.t. kepada hambaNya.”

Ketika ditanya kepada seorang hakim: “Apakah hikmat dari busuknya bau ghibah itu?” Jawabnya: “Dimasa Nabi Muhammad s.a.w., Allah s.w.t. akan membuktikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya tetapi dimasa kini kerana banyaknya ghibah itu sehingga hidung kita telah berbau yang demikian, maka tidak busuk lagi bau ghibah itu, sebagaimana seorang yang pertama kali tidak dapat tinggal lama kerana tajamnya baunya kepada hidungnya tetapi ahli tempat itu dapat makan minum disitu dan tidak merasakan bau apa-apa kerana hidung mereka telah penuh dengan bau itu.”

Asbaath dari Assuddi berkata: “Ketika Salman Alfarisi bersama para sahabat yang diantara mereka juga ada Umar r.a. dalam perjalanan, tiba-tiba mereka berhenti dan berkhemah, maka tidurlah Salaman sedang para sahabatnya ada yang memasak, lalu ada beberapa orang berkata: “Apakah maksud hamba ini, hanya mahu datang kekhemah yang sudah didirikan dan makanan yang sudah siap?” Kemudian mereka berkata kepada Salman: “Pergilah engkau kepada Nabi Muhammad s.a.w. minta lauk pauk untuk kami.” Maka pergilah Salman menyampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. permintaan mereka. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Salman: “Beritahulah kepada mereka bahawa mereka telah makan lauk pauk.” 

Maka kembalilah Salman kepada kawan-kawannya dan memberitahu apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Lalu mereka berkata: “Kami belum makan apa-apa.” Salman berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. tidak berdusta dalam sabdanya.” lalu dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.:”Kamu telah makan daging saudaramu ketika kamu membicarakan (ghibah) padanya diwktu ia sedang tidur.” Lalu Nabi Muhammad s.a.w. membacakan Surah Alhujuraat ayat 12 (Yang berbunyi): “Ya ayyuhalladzina aamanuuj tanibu katsira minadhdhanni inna ba’dhadhdhaani its mun wala tajassanu, wala yagh tabba’dhukum ba’dha, a yuhibbu ahadukum an ya’kula lahma akhihi maita fakarih tumuuhu.” (Yang bermaksud): “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan sangka-sangka, sebab sebahagian dari sangka-sangka itu dosa. Dan jangan menyelidiki kesalahan orang lain dan jangan ghibah (membicarakan hal orang lain) setengahmu pada setengahnya, apakah suka salah satu sekiranya makan daging saudara yang telah mati, tentu kamu jijik (tidak suka).”

Ibn Abbas r.a. berkata: ” Ayat(Yang berbunyi): “Wala yagh tab ba’dhukum ba’dha (Yang bermaksud): “Dan jangan ghibah (menjelekkan) kejelekan setengahmu.                                       Turunnya ayat ini adalah mengenai dua orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w.. Pada suatu ketika semasa berpergian Nabi Muhammad s.a.w. mengaturkan tiap dua orang kaya dititipi sahabat yang tidak punya harta supaya dapat membantu kepadanya dan ikut makan bersama keduanya. Bertepatan Salman dititipkan kepada dua orang dan pada hari itu Salman tidak membantu menyediakan keperluan kedua kawannya itu, lalu disuruh oleh keduanya: “Pergilah kepada Nabi Muhammad s.a.w. minta untuk kami sisa-sisa lauk pauk.” 

Maka pergilah Salman akan tetapi ketika Salman baru saja berangkat tiba-tiba kedua orang itu berkata: “Orang itu andaikan dia pergi kesumur nescaya akan berkurang airnya.” Maka ketika telah sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. Salman berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. apa yang diminta oleh kedua kawannya itu. Tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Beritahu kepada keduanya bahawa kamu berdua telah makan lauk pauk.” Dan ketika disampaikan oleh Salman apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Maka segeralah keduanya pergi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: “Kami tidak makan lauk pauk.” jawab Nabi Muhammad s.a.w.: “Saya telah melihat merahnya daging dalam mulut kedua kamu.” Berkata kedua mereka itu: “Kami tidak punya lauk pauk (daging) dan tidak makan daging pada hari ini.” Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Kamu telah membicarakan saudaramu, apakah kamu suka makan daging orang mati?” Jawab keduanya: “Tidak.” Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sebagaimana kamu tidak suka makan daging orang mati maka jangan membicarakan kejelekkan orang lain sebab siapa yang ghibah pada kawannya bererti makan dagingnya.”

Alhasan Albashri diberitahu: “Bahawa ada orang membicarakan kejelekkanmu.” maka langsung ia mengirimkan kepada orang itu setalam kurma ruthab sambil berkata kepadanya: “Saya mendapat berita bahawa engkau telah menghadiahkan hasanatmu kepadaku, maka saya ingin membalaskan hadiah itu, kerana itu harap diterima sebab saya tidak dapat membalas yang sesuai dengan pemberianmu itu.”

Ibrahim bin Adham mengundang makan beberapa orang dan ketika makan bersama, tiba-tiba mereka menyebut kejelekkan seseorang, maka berkata Ibrahim: “Orang biasa makan roti sebelum daging tetapi kamu makan daging dahulu sebelum roti.”
Abu Umamah Albahili r.a. berkata: “Seorang hamba telah diberi suratan amalnya pada hari kiamat, maka terlihat padanya hasanat-hasanat yang ia tidak merasa melakukannya, lalu ia bertanya: “Ya Tuhan, dari manakah hasanat-hasanat ini?” Jawab Allah s.w.t.: “Itu dari apa yang orang ghibah kau dan engkau tidak merasa.”

Ibrahim bin Adham berkata: “Wahai orang yang mendustakan, engkau kikir (bakhil) dengan kekayaanmu terhadap kawan-kawanmu tetapi loman dengan akhiratmu kepada musuh-musuhmu, maka engkau tidak untung kerana bakhil dan tidak terpuji kerana kelomananmu.”
Seorang hakim berkata: “Ghibah itu sebagai lalap untuk para qurra dan jamuan orang-orang fasik dan hiburan wanita dan lauk-pauk anjing-anjing manusia dan tempat pembuangan kotoran bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Empat macam yang dapat membatalkan puasa dan wuduk dan menghapuskan amal  ialah:
  • Ghibah
  • Dusta
  • Mengadu domba antara seorang dengan yang lainnya
  • Memperhatikan kecantikan wanita yang haram dilihatnya


Semua itu dapat menyuburkan bibit-bibit kejahatan sebagaimana air menyuburkan bibit-bibit tanaman dan minum arak (khamar) itu mengatasai semua dosa-dosa.
Ka’bul Ahbaar berkata: “Saya telah membaca dalam kitab Nabi-nabi yang dahulu: “Bahawa siapa yang mati baru taubat dari ghibah, maka ia terakhir orang yang masuk syurga dan siapa yang mati sedang terus menerus ghibah maka ia pertama yang masuk neraka.”
 Nabi Isa bin Maryam a.s. berkata kepada sahabatnya: “Bagaimana jika kamu melihat seseorang yang sedang tidur lalu terbuka auratnya, apakah kamu menutupinya?” Jawab mereka: “Ya.” Berkata Nabi Isa a.s. “Bahkan bertambah kamu buka yang belum terbuka.” Mereka berkata: “Subhanallah, bagaimana akan kami buka yang belum terbuka?” Nabi Isa a.s. berkata: “Tidakkah bila ada orang menyebut kepadamu kejelekkan seseorang lalu kamu tambahi apa-apa yang tidak disebut oleh orang yang membicarakan itu, maka kamu yang membuka sisa auratnya.”

Khalid Arrib’i berkata: “Ketika saya masuk kemasjid Jami, tiba-tiba ada orang membicarakan kejelekkan orang, maka saya larang mereka lalu mereka berhenti. Kemudian mereka membicarakan orang lain pula lalu kembali pada orang yang pertama dan saya juga masuk dalam pembicaraan itu, maka pada malam harinya saya mimpi didatangi seorang yang hitam tinggi membawa talam berisi daging babi lalu berkata kepadaku: “Makanlah.” Saya jawab: “Saya disuruh makan daging babi!, Demi Allah saya tidak akan makan.” Lalu ia membentak keras kepadaku sambil berkata: “Engkau telah makan yang lebih keji dari ini.” Lalu dipaksakan daging babi itu didalam mulutku sampai bangun dari tidurku. Demi Allah, saya telah tinggal selama tiga atau empat puluh hari, tiap makan makanan masih terasa rasa dan bau busuknya daging babi itu dalam mulutku.”

Sufyan bin Alhushain berkata: “Saya duduk bersama Iyaas bin Mu’awiyah, tiba-tiba ada orang berjalan, maka saya membicarakan kejelekkannya, maka berkata Iyaas kepadaku: “Diam.” Kemudian ia bertanya: “Hai Sufyan, apakah kau pernah memerangi Rom?” Jawabku: “Tidak.” “Apakah kau telah berperang dengan Turki?” tanya Iyaas lagi. Jawabku: “Tidak.” Lalu ia berkata: “Rom dan turki selamat daripadamu tetapi saudaramu sesama muslim tidak selamat dari gangguanmu.” Maka sejak itu saya tidak lagi berani ghibah.”

Hatim Azzahid berkata: “Tiga macam jika terdapat dalam majlis maka rahmat Allah s.w.t. akan berpaling dari mereka iaitu:
  • Membicarakan soal keduniaan semata-mata
  • Ketawa keseronokkan
  • Ghibah 

Yahya bin Mu’aadz berkata: “Jadikanlah bagian orang mukmin dari padamu tiga macam supaya tergolong orang yang baik iaitu:
Jika kau tidak dapat menguntungkan kepadanya maka jangan merugikannya (merosakkan)
Jika engkau tidak dapat menyenangkannya maka jangan menyusahkannya
Jika engkau tidak memujikannya maka jangan mencelanya

Mujahid berkata: “Tiap anak Adam ada kawan dari Malaikat, maka apabila ia menyebut saudaranya dengan baik maka disambut oleh Malaikat: “Untuknya dan untukmu mendapat seperti itu.” sebaliknya jika menyebut kejelekkan saudaranya, maka Malaikat itu berkata: “Engkau buka auratnya, engkau baiki dirimu dan ucapkan Alhamdulillah yang telah menutupi kejelekkan auratmu.”

Ibrahim bin Ad-ham diundang makan dan ketika ia duduk tiba-tiba ada orang berkata: “(Fulan) tidak datang.” Lalu disambut oleh yang lain: “Itu memang berat (tidak biasa bergaul).” Lalu Ibrahim bin Ad-ham berkata: “Ini yang menjadikan perutku berat ketika menghadiri makanan, dimana kau ghibah pada seorang muslim.” Lalu ia keluar dan tidak makan sampai tiga hari.

Seorang hakim berkata: “Jika engkau tidak dapat mengerjakan yang tiga, maka kerjakanlah yang tiga iaitu:
  • Jika engkau tidak dapat berbuat kebaikan maka jangan berbuat kejahatan
  • Jika engkau tidak dapat berguna kepada manusia maka jangan kejam pada mereka
  • Jika engkau tidak dapat berpuasa maka jangan makan daging manusia

Wahb Almakki berkata: “Bila saya dapat meninggalkan ghibah maka itu lebih baik bagi saya daripada mendapat dunia seisinya, sejak dijadikan sehingga rosak, lalu saya gunakan untuk kepentingan fisabilillah dan bila saya dapat menahan mataku dari yang haram lebih baik bagiku daripada mendapat dunia seisinya untuk bersedekah fisabilillah.” Kemudian ia membaca: “(Yang berbunyi): “Wala yagh tab ba’dhukum ba’dha (Yang bermaksud): “Dan jangan ghibah (menjelekkan) kejelekkan setengahmu.  Qul lilmu’minnina ya ghughghu min abshaarihim. (Yang bermaksud): “Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya memejamkan matanya.”

 Abul Laits berkata: “Orang-orang telah membicarakan cara taubatnya orang ghibah, apakah boleh tanpa memberitahu kepada orang yang dibicarakan. Sebahagian menyatakan boleh dan yang lain mengatakan tidak boleh. Menurut pendapat kami, jika ghibah itu telah sampai kepada yang dibacarakan maka harus minta halalnya dan bila belum sampai maka cukup dengan istighfar dan berjanji kepada Allah s.w.t. tidak akan mengulanginya.”

Seorang datang kepada Ibn Sirin dan berkata: “Saya telah ghibah membicarakan kejelekkanmu, kerana itu halalkan dan maafkan bagiku.” Jawab Ibn Sirin: “Bagaimanakah saya akan menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t.” Seolah-olah Ibn Sirin mengisyaratkan kepadanya supaya minta ampun kepada Allah s.w.t. disamping minta maaf kepada yang dighibah itu. Jika belum diketahui oleh orangnya maka cukup dengan bertaubat kepada Allah s.w.t. disamping mendoakan baik bagi yang dahulu dighibah itu sebagai imbalan gantinya dan tidak perlu memberitahu kepada orangnya supaya tidak merisaukan hatinya.

Jika yang diperbuat itu buhtan pemalsuan nama (gelaran) atau menjelekkan kehormatan yang tidak benar, maka taubatnya dalam tiga cara iaitu:
Ia harus kembali kepada orang-orang yang diberitahu tentang berita bohong itu dan menyatakan kepada mereka berita yang ia sampaikan dahulu adalah bohong
Pergi kepada orang yang dijelekkan namanya (gelaran) itu untuk meminta maaf dan menghalalkannyaMinta ampun dan membaca istighfar dari perbuatan dosa-dosanya sebab itu termasuk dosa besar.

Bahkan Allah s.w.t. telah menggandingkan penyembahan berhala dengan buhtan didalam ayat yang berbunyi: “Faj tani’bur rijsa minal autsaan, waj tanibu qoulazzur. (Yang bermaksud): “Tinggalkan semua yang najis dari berhala-berhala itu dan tinggalkan juga kata-kata yang palsu tuduhan yang palsu. Dan tidak dianggap ghibah kecuali jika disebut nama perseorangan tetapi menghindari itu lebih baik.”

Seorang yang bernama Zahid membeli kapuk untuk isterinya, tiba-tiba isterinya berkata: “Penjual-penjual kepuk itu telah mengkianati kamu dalam kapuk itu.” Maka Zahid segera menceraikan isterinya itu. Kemudian ditanya: “Mengapakah kau menceraikan isterimu?” Jawabnya: “Saya ini seorang yang sangat cemburu dan saya khuatir ia akan dituntut oleh semua penjual kapuk pada hari kiamat, lalu disebut-sebut isteri Fulan bin Fulan itu dituntut oleh penjual-penjual kapuk maka kerana itu segera saya ceraikannya.”

 Tiga macam cara yang tidak dianggap ghibah yang dosa iaitu:
  • Menyebut kekejaman raja yang zalim
  • Menyebut kerosakan akhlak orang yang terang-terangan berbuat dosa dimuka orang
  • Menyebut kesalahan ahli bida’ah jika disebut faham madzhabnya

Adapun bila menyebut badannya maka itu termasuk ghibah yang dosa. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sebutlah kejahatan orang lacur supaya orang lain berhati-hati daripadanya.”
 Ghibah itu ada empat macam iaitu:
Menyebabkan kufur (kafir) atau Munafiq atau Dosa atau Mubah berpahala

Adapun yang menyebabkan kekufuran, maka iaitu ghibah terhadap seorang muslim dan ketika diperingatkan, ia berkata: “Ini bukan ghibah, sebab saya berkata sebenarnya.“, maka ini telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan siapa yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. maka hukumnya Kafir.

Adapun yang bernama nifaq iaitu jika ghibah pada orang tetapi tidak disebut namanya didepan orang yang mengetahui bahawa ia menujukan kepada seseorang dan ia merasa bahawa ia berlagak wara’ (menjauhi yang haram) maka ini nifaq.
 Adapun yang bernama maksiat ialah ghibah pada orang dan merasa bahawa itu memang haram dan maksiat. Adapun yang mubah: Jika ia ghibah pada seorang fasiq yang terang-terangan fasiqnya atau orang ahli bida’ah, maka ia akan mendapat pahala sebab oarng-orang lalu menghindarinya dan menyelamatkan diri daripadanya. Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sebutlah kehajatan orang yang lacur supaya orang-orang berhati0hati daripadanya.”

Abul Laits berkata: “Ayahku menceritakan: “Bahwa diantara para Nabi yang bukan Rasul itu ada yang menerima wahyu dalam impian dan ada yang hanya mendengar suara, maka ada Nabi yang menerima wahyu dengan mimpi itu, pada suatu malam ia bermimpi diperintahkan: “Jika engkau keluar diwaktu pagi maka pertama yang kau lihat (hadapi) maka makanlah, dan yang kedua sembunyikan dan yang ketiga terimalah dan keempat jangan kau putus harapannya dan yang kelima larilah daripadanya.”

 Maka pada esok harinya yang dihadapinya ialah bukit hitam besar, maka ia terhenti bingung sambil berkata: “Aku diperintahkan makan apa yang aku hadapi ini.” lalu ia sedar dan berkata: “Tuhan tidak menyuruhku sesuatu yang mustahil dan tidak dapat dilaksanakan.” Maka ia berjalan menuju kebukit itu untuk memakannya dan ketika ia mendekat tiba-tiba bukit itu mengecil sehingga sebesar satu suap dan ketika dimakan terasa manis bagaikan madu, maka ia mengucapkan Alhamdulillah. Lalu berjalan lagi dan bertemu pula dengan mangkuk emas dan ia ingat ini harus disembunyikan, maka ia menggali lubang dan menanam emas itu dan ditinggalkannya, akan tetapi tiba-tiba mangkuk itu keluar dari dalam tanah lalu ditanam lagi dan keluar lagi sehingga ketiga kali hal keadaan ini berlaku. Maka dia berkata: “Saya telah melaksanakan perintah.” maka ia terus berjalan dan tiba-tiba ada burung kecil sedang dikejar elang dan burung itu berkata: “Ya Nabiyallah, tolong aku.” Lalu diterima dan dimasukkan dalam bajunya maka datang elang itu dan berkata: “Ya Nabiyallah, saya lapar sejak pagi dan saya mengejar buruanku itu, kerana itu jangan kau patahkan harapanku dan rezekiku.” Nabi merasa yang keempat tidak boleh diputuskan harapannya tetapi ia bingung untuk menyelesaikannya, kemudian ia mengambil pisau dan memotong sedikit daging pahanya dan diberikan kepada helang itu sehingga terbang. Lalu burung itu dilepaskan. Dan kelima ia melihat bangkai yang berbau, maka ia lari daripadanya. Maka pada malam hari ia berdoa: “Ya Tuhan, aku telah melaksanakan perintahMu, maka jelaskan bagiku semua itu.”

 Maka ia bermimpi: “Bahawa yang pertama kau makan itu ialah amarah pada mulanya nampak sebesar bukit tetapi pada akhirnya jika sabar dan ditahan menjadi lebih manis dari madu. 
Kedua, amal perbuatan (budi) walaupun kau sembunyikan, maka ia tetap akan nampak
Ketiga, jika diamanati orang, maka jangan kianat padanya
Keempat, jika ada orang minta padamu maka usahakan untuk membantu padanya meskipun kepadamu sendiri berhajat
Kelima, Ghibah, maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul untuk ghibah (mengumpat orang)

(sumber : Kitab Tanbiihul Ghafiliin)