Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu
Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu apakah
ghibah?” Jawab sahabat: “Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih
mengetahui.” “Ghibah itu jika kau menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu
yang ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu
bererti ghibah padanya.” Jawab Rasulullah s.a.w. Lalu ditanya: “Bagaimana kalau
saudaraku betul begitu?” “Jika yang kau sebut itu benar ada padanya. maka itu
ghibah tetapi jika tidak betul maka itu buhtan (membuat-buat kepalsuan,
pendustaan untuk menjelekkan nama orang).” jawab Rasulullah s.a.w.
Menyebut: “Baju orang itu pendek atau panjang.” itu bererti ghibah.
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abi Najih berkata: “Ada
seorang wanita pendek datang kerumah Nabi Muhammad s.a.w. dan ketika telah
keluar, Siti Aisyah r.a. berkata: “Alangkah pendeknya orang itu.” Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda: “Engkau ghibah.” Aisyah r.a. berkata: “Saya tidak menyebut
kecuali yang sebenarnya ada padanya.” Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Engkau
telah menyebut yang paling jelek padanya.”
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a. berkata
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Pada malam Israa ke langit aku melalui suatu
kaum yang dipotongkan daging pinggangnya, kemudian dimakankan kepadanya dengan
kalimat Makanlah apa yang dahulu kamu makan dari daging saudaramu. Maka saya
bertanya: “Ya Jibril, siapakah mereka itu?” Jawabnya: “Mereka dari ummatmu yang
mengumpat ghibah (menyebut kejelekkan orang lain) Hammaz lammaz iaitu mengejek
dengan isyarat atau lidah atau dengan tangan.
Abul Laits berkata: “Saya mendengar ayahku menceritakan suatu kisah seperti
berikut:
Ketika Nabi Muhammad s.a.w. dirumah, sedang sahabat ahlis-shuffah dimasjid dan
Zaid bin Tsabit menceritakan apa yang telah ia dengar dari Nabi Muhammad s.a.w.
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. dihantar oleh orang daging, maka ahlis-shuffah
itu berkata kepada Zaid bin Tsabit: “Engkau masuk kepada Nabi Muhammad s.a.w.
dan katakan kepada Baginda s.a.w. bahawa kami sudah lama tidak makan daging,
supaya Nabi Muhammad s.a.w. mengirimkan daging kepada kami.” Ketika Zaid telah
berdiri dari mereka, mereka membicarakan Zaid diantara mereka: “Zaid itu telah
mendapat dari Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang kami dapat, tetapi mengapa
ia mengajar hadis kepada kami?” Maka ketika Zaid telah sampai kepada Nabi
Muhammad s.a.w. dan menyampaikan amanat orang-orang ahlis-shuffah itu.
tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada Zaid: “katakan kepada mereka:
“Kamu kini telah makan daging”.
Maka segera Zaid bin Tsabit kembali
menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mereka berkata:
“Demi Allah, kami sudah lama tidak makan daging.” Maka kembali Zaid kepada Nabi
Muhammad s.a.w. menyampaikan jawapan orang-orang ahlis-shuffah itu, tetapi Nabi
Muhammad s.a.w. tetap berkata: “Mereka kini telah makan daging.” Maka kembali
Zaid kepada mereka dan menyampaikan apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad
s.a.w. Lalu ahlis-shuffah itu datang semua menghadap kepada Nabi Muhammad
s.a.w. dan oleh Nabi Muhammad s.a.w. langsung dikatakan: “Sekarang kamu telah
makan daging saudaramu sedang bekas itu masih ada digigimu, cuba ludahlah kamu
supaya dapat melihat merahnya darah daging itu.” Maka ludah orang-orang itu
berupa darah, maka bertaubatlah mereka dan minta maaf kerana telah ghibah
terhadap Zaid bin Tsabit.”
Jabir bin Abdillah r.a. berkata: “Terasa angin yang membawa bau busuk dimasa
Nabi Muhammad s.a.w. Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Ada orang-orang
munafiq yang ghibah orang muslimin, maka inilah tandanya bau busuk.” Allah
s.w.t. akan menunjukkan kepada kaum muslimin yang taat dan patuh kenyataan
kebusukan dari apa yang telah dilarang oleh Allah s.w.t. kepada hambaNya.”
Ketika ditanya kepada seorang hakim: “Apakah hikmat dari busuknya bau ghibah
itu?” Jawabnya: “Dimasa Nabi Muhammad s.a.w., Allah s.w.t. akan membuktikan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya tetapi dimasa kini kerana
banyaknya ghibah itu sehingga hidung kita telah berbau yang demikian, maka
tidak busuk lagi bau ghibah itu, sebagaimana seorang yang pertama kali tidak
dapat tinggal lama kerana tajamnya baunya kepada hidungnya tetapi ahli tempat
itu dapat makan minum disitu dan tidak merasakan bau apa-apa kerana hidung
mereka telah penuh dengan bau itu.”
Asbaath dari Assuddi berkata: “Ketika Salman Alfarisi bersama para sahabat yang
diantara mereka juga ada Umar r.a. dalam perjalanan, tiba-tiba mereka berhenti
dan berkhemah, maka tidurlah Salaman sedang para sahabatnya ada yang memasak,
lalu ada beberapa orang berkata: “Apakah maksud hamba ini, hanya mahu datang
kekhemah yang sudah didirikan dan makanan yang sudah siap?” Kemudian mereka
berkata kepada Salman: “Pergilah engkau kepada Nabi Muhammad s.a.w. minta lauk
pauk untuk kami.” Maka pergilah Salman menyampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
permintaan mereka. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Salman: “Beritahulah
kepada mereka bahawa mereka telah makan lauk pauk.”
Maka kembalilah Salman
kepada kawan-kawannya dan memberitahu apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad
s.a.w. Lalu mereka berkata: “Kami belum makan apa-apa.” Salman berkata: “Nabi
Muhammad s.a.w. tidak berdusta dalam sabdanya.” lalu dikatakan oleh Nabi
Muhammad s.a.w.:”Kamu telah makan daging saudaramu ketika kamu membicarakan
(ghibah) padanya diwktu ia sedang tidur.” Lalu Nabi Muhammad s.a.w. membacakan
Surah Alhujuraat ayat 12 (Yang berbunyi): “Ya ayyuhalladzina aamanuuj tanibu
katsira minadhdhanni inna ba’dhadhdhaani its mun wala tajassanu, wala yagh
tabba’dhukum ba’dha, a yuhibbu ahadukum an ya’kula lahma akhihi maita fakarih
tumuuhu.” (Yang bermaksud): “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan
sangka-sangka, sebab sebahagian dari sangka-sangka itu dosa. Dan jangan
menyelidiki kesalahan orang lain dan jangan ghibah (membicarakan hal orang
lain) setengahmu pada setengahnya, apakah suka salah satu sekiranya makan
daging saudara yang telah mati, tentu kamu jijik (tidak suka).”
Ibn Abbas r.a. berkata: ” Ayat(Yang berbunyi): “Wala yagh tab ba’dhukum ba’dha
(Yang bermaksud): “Dan jangan ghibah (menjelekkan) kejelekan
setengahmu. Turunnya ayat ini adalah mengenai dua orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w.. Pada
suatu ketika semasa berpergian Nabi Muhammad s.a.w. mengaturkan tiap dua orang
kaya dititipi sahabat yang tidak punya harta supaya dapat membantu kepadanya
dan ikut makan bersama keduanya. Bertepatan Salman dititipkan kepada dua orang
dan pada hari itu Salman tidak membantu menyediakan keperluan kedua kawannya
itu, lalu disuruh oleh keduanya: “Pergilah kepada Nabi Muhammad s.a.w. minta
untuk kami sisa-sisa lauk pauk.”
Maka pergilah Salman akan tetapi ketika Salman
baru saja berangkat tiba-tiba kedua orang itu berkata: “Orang itu andaikan dia
pergi kesumur nescaya akan berkurang airnya.” Maka ketika telah sampai kepada
Nabi Muhammad s.a.w. Salman berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. apa yang
diminta oleh kedua kawannya itu. Tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Beritahu kepada keduanya bahawa kamu berdua telah makan lauk pauk.” Dan ketika
disampaikan oleh Salman apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Maka
segeralah keduanya pergi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: “Kami tidak
makan lauk pauk.” jawab Nabi Muhammad s.a.w.: “Saya telah melihat merahnya
daging dalam mulut kedua kamu.” Berkata kedua mereka itu: “Kami tidak punya
lauk pauk (daging) dan tidak makan daging pada hari ini.” Maka Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda: “Kamu telah membicarakan saudaramu, apakah kamu suka makan
daging orang mati?” Jawab keduanya: “Tidak.” Maka Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda: “Sebagaimana kamu tidak suka makan daging orang mati maka jangan
membicarakan kejelekkan orang lain sebab siapa yang ghibah pada kawannya
bererti makan dagingnya.”
Alhasan Albashri diberitahu: “Bahawa ada orang membicarakan kejelekkanmu.” maka
langsung ia mengirimkan kepada orang itu setalam kurma ruthab sambil berkata
kepadanya: “Saya mendapat berita bahawa engkau telah menghadiahkan hasanatmu
kepadaku, maka saya ingin membalaskan hadiah itu, kerana itu harap diterima
sebab saya tidak dapat membalas yang sesuai dengan pemberianmu itu.”
Ibrahim bin Adham mengundang makan beberapa orang dan ketika makan bersama,
tiba-tiba mereka menyebut kejelekkan seseorang, maka berkata Ibrahim: “Orang
biasa makan roti sebelum daging tetapi kamu makan daging dahulu sebelum roti.”
Abu Umamah Albahili r.a. berkata: “Seorang hamba telah diberi suratan amalnya
pada hari kiamat, maka terlihat padanya hasanat-hasanat yang ia tidak merasa
melakukannya, lalu ia bertanya: “Ya Tuhan, dari manakah hasanat-hasanat ini?”
Jawab Allah s.w.t.: “Itu dari apa yang orang ghibah kau dan engkau tidak
merasa.”
Ibrahim bin Adham berkata: “Wahai orang yang mendustakan, engkau kikir (bakhil)
dengan kekayaanmu terhadap kawan-kawanmu tetapi loman dengan akhiratmu kepada
musuh-musuhmu, maka engkau tidak untung kerana bakhil dan tidak terpuji kerana
kelomananmu.”
Seorang hakim berkata: “Ghibah itu sebagai lalap untuk para qurra dan jamuan
orang-orang fasik dan hiburan wanita dan lauk-pauk anjing-anjing manusia dan
tempat pembuangan kotoran bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Empat macam yang
dapat membatalkan puasa dan wuduk dan menghapuskan amal ialah:
- Ghibah
- Dusta
- Mengadu domba antara seorang dengan yang lainnya
- Memperhatikan kecantikan wanita yang haram dilihatnya
Semua itu dapat menyuburkan bibit-bibit kejahatan sebagaimana
air menyuburkan bibit-bibit tanaman dan minum arak (khamar) itu mengatasai
semua dosa-dosa.
Ka’bul Ahbaar berkata: “Saya telah membaca dalam kitab Nabi-nabi yang dahulu:
“Bahawa siapa yang mati baru taubat dari ghibah, maka ia terakhir orang yang
masuk syurga dan siapa yang mati sedang terus menerus ghibah maka ia pertama
yang masuk neraka.”
Nabi Isa bin Maryam a.s. berkata kepada sahabatnya: “Bagaimana jika kamu
melihat seseorang yang sedang tidur lalu terbuka auratnya, apakah kamu
menutupinya?” Jawab mereka: “Ya.” Berkata Nabi Isa a.s. “Bahkan bertambah kamu
buka yang belum terbuka.” Mereka berkata: “Subhanallah, bagaimana akan kami
buka yang belum terbuka?” Nabi Isa a.s. berkata: “Tidakkah bila ada orang
menyebut kepadamu kejelekkan seseorang lalu kamu tambahi apa-apa yang tidak
disebut oleh orang yang membicarakan itu, maka kamu yang membuka sisa
auratnya.”
Khalid Arrib’i berkata: “Ketika saya masuk kemasjid Jami, tiba-tiba ada orang
membicarakan kejelekkan orang, maka saya larang mereka lalu mereka berhenti.
Kemudian mereka membicarakan orang lain pula lalu kembali pada orang yang
pertama dan saya juga masuk dalam pembicaraan itu, maka pada malam harinya saya
mimpi didatangi seorang yang hitam tinggi membawa talam berisi daging babi lalu
berkata kepadaku: “Makanlah.” Saya jawab: “Saya disuruh makan daging babi!,
Demi Allah saya tidak akan makan.” Lalu ia membentak keras kepadaku sambil
berkata: “Engkau telah makan yang lebih keji dari ini.” Lalu dipaksakan daging
babi itu didalam mulutku sampai bangun dari tidurku. Demi Allah, saya telah
tinggal selama tiga atau empat puluh hari, tiap makan makanan masih terasa rasa
dan bau busuknya daging babi itu dalam mulutku.”
Sufyan bin Alhushain berkata: “Saya duduk bersama Iyaas bin Mu’awiyah,
tiba-tiba ada orang berjalan, maka saya membicarakan kejelekkannya, maka
berkata Iyaas kepadaku: “Diam.” Kemudian ia bertanya: “Hai Sufyan, apakah kau
pernah memerangi Rom?” Jawabku: “Tidak.” “Apakah kau telah berperang dengan
Turki?” tanya Iyaas lagi. Jawabku: “Tidak.” Lalu ia berkata: “Rom dan turki selamat
daripadamu tetapi saudaramu sesama muslim tidak selamat dari gangguanmu.” Maka
sejak itu saya tidak lagi berani ghibah.”
Hatim Azzahid berkata: “Tiga macam jika terdapat dalam majlis maka rahmat Allah
s.w.t. akan berpaling dari mereka iaitu:
- Membicarakan soal keduniaan semata-mata
- Ketawa keseronokkan
- Ghibah
Yahya bin Mu’aadz berkata: “Jadikanlah bagian orang mukmin dari padamu tiga
macam supaya tergolong orang yang baik iaitu:
Jika kau tidak dapat menguntungkan kepadanya maka jangan
merugikannya (merosakkan)
Jika engkau tidak dapat menyenangkannya maka jangan
menyusahkannya
Jika engkau tidak memujikannya maka jangan mencelanya
Mujahid berkata: “Tiap anak Adam ada kawan dari Malaikat, maka apabila ia
menyebut saudaranya dengan baik maka disambut oleh Malaikat: “Untuknya dan
untukmu mendapat seperti itu.” sebaliknya jika menyebut kejelekkan saudaranya,
maka Malaikat itu berkata: “Engkau buka auratnya, engkau baiki dirimu dan
ucapkan Alhamdulillah yang telah menutupi kejelekkan auratmu.”
Ibrahim bin Ad-ham diundang makan dan ketika ia duduk tiba-tiba ada orang
berkata: “(Fulan) tidak datang.” Lalu disambut oleh yang lain: “Itu memang
berat (tidak biasa bergaul).” Lalu Ibrahim bin Ad-ham berkata: “Ini yang
menjadikan perutku berat ketika menghadiri makanan, dimana kau ghibah pada
seorang muslim.” Lalu ia keluar dan tidak makan sampai tiga hari.
Seorang hakim berkata: “Jika engkau tidak dapat mengerjakan yang tiga, maka
kerjakanlah yang tiga iaitu:
- Jika engkau tidak dapat berbuat kebaikan maka jangan berbuat kejahatan
- Jika engkau tidak dapat berguna kepada manusia maka jangan kejam pada mereka
- Jika engkau tidak dapat berpuasa maka jangan makan daging manusia
Wahb Almakki berkata: “Bila saya dapat meninggalkan ghibah maka itu lebih baik
bagi saya daripada mendapat dunia seisinya, sejak dijadikan sehingga rosak,
lalu saya gunakan untuk kepentingan fisabilillah dan bila saya dapat menahan
mataku dari yang haram lebih baik bagiku daripada mendapat dunia seisinya untuk
bersedekah fisabilillah.” Kemudian ia membaca: “(Yang berbunyi): “Wala yagh tab
ba’dhukum ba’dha (Yang bermaksud): “Dan jangan ghibah (menjelekkan) kejelekkan
setengahmu. Qul lilmu’minnina ya ghughghu min abshaarihim. (Yang
bermaksud): “Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya memejamkan matanya.”
Abul Laits berkata: “Orang-orang telah membicarakan cara taubatnya orang
ghibah, apakah boleh tanpa memberitahu kepada orang yang dibicarakan.
Sebahagian menyatakan boleh dan yang lain mengatakan tidak boleh. Menurut
pendapat kami, jika ghibah itu telah sampai kepada yang dibacarakan maka harus
minta halalnya dan bila belum sampai maka cukup dengan istighfar dan berjanji
kepada Allah s.w.t. tidak akan mengulanginya.”
Seorang datang kepada Ibn Sirin dan berkata: “Saya telah ghibah membicarakan
kejelekkanmu, kerana itu halalkan dan maafkan bagiku.” Jawab Ibn Sirin: “Bagaimanakah
saya akan menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t.” Seolah-olah
Ibn Sirin mengisyaratkan kepadanya supaya minta ampun kepada Allah s.w.t.
disamping minta maaf kepada yang dighibah itu. Jika belum diketahui oleh
orangnya maka cukup dengan bertaubat kepada Allah s.w.t. disamping mendoakan
baik bagi yang dahulu dighibah itu sebagai imbalan gantinya dan tidak perlu
memberitahu kepada orangnya supaya tidak merisaukan hatinya.
Jika yang diperbuat itu buhtan pemalsuan nama (gelaran) atau menjelekkan
kehormatan yang tidak benar, maka taubatnya dalam tiga cara iaitu:
Ia harus kembali kepada orang-orang yang diberitahu tentang
berita bohong itu dan menyatakan kepada mereka berita yang ia sampaikan dahulu
adalah bohong
Pergi kepada orang yang dijelekkan namanya (gelaran) itu
untuk meminta maaf dan menghalalkannyaMinta ampun dan membaca istighfar dari perbuatan dosa-dosanya
sebab itu termasuk dosa besar.
Bahkan Allah s.w.t. telah menggandingkan penyembahan berhala dengan buhtan
didalam ayat yang berbunyi: “Faj tani’bur rijsa minal autsaan, waj tanibu
qoulazzur. (Yang bermaksud): “Tinggalkan semua yang najis dari berhala-berhala
itu dan tinggalkan juga kata-kata yang palsu tuduhan yang palsu. Dan tidak
dianggap ghibah kecuali jika disebut nama perseorangan tetapi menghindari itu
lebih baik.”
Seorang yang bernama Zahid membeli kapuk untuk isterinya, tiba-tiba isterinya
berkata: “Penjual-penjual kepuk itu telah mengkianati kamu dalam kapuk itu.”
Maka Zahid segera menceraikan isterinya itu. Kemudian ditanya: “Mengapakah kau
menceraikan isterimu?” Jawabnya: “Saya ini seorang yang sangat cemburu dan saya
khuatir ia akan dituntut oleh semua penjual kapuk pada hari kiamat, lalu disebut-sebut
isteri Fulan bin Fulan itu dituntut oleh penjual-penjual kapuk maka kerana itu
segera saya ceraikannya.”
Tiga macam cara yang tidak dianggap ghibah yang dosa iaitu:
- Menyebut kekejaman raja yang zalim
- Menyebut kerosakan akhlak orang yang terang-terangan berbuat dosa dimuka orang
- Menyebut kesalahan ahli bida’ah jika disebut faham madzhabnya
Adapun bila menyebut badannya maka itu termasuk ghibah yang
dosa. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sebutlah kejahatan orang lacur supaya
orang lain berhati-hati daripadanya.”
Ghibah itu ada empat
macam iaitu:
Menyebabkan kufur (kafir) atau Munafiq atau Dosa atau Mubah
berpahala
Adapun yang menyebabkan kekufuran, maka iaitu ghibah terhadap seorang muslim
dan ketika diperingatkan, ia berkata: “Ini bukan ghibah, sebab saya berkata
sebenarnya.“, maka ini telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.
dan siapa yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. maka hukumnya
Kafir.
Adapun yang bernama nifaq iaitu jika ghibah pada orang tetapi tidak disebut
namanya didepan orang yang mengetahui bahawa ia menujukan kepada seseorang dan
ia merasa bahawa ia berlagak wara’ (menjauhi yang haram) maka ini nifaq.
Adapun yang bernama maksiat ialah ghibah pada orang dan merasa bahawa itu
memang haram dan maksiat. Adapun yang mubah: Jika ia ghibah pada seorang fasiq
yang terang-terangan fasiqnya atau orang ahli bida’ah, maka ia akan mendapat
pahala sebab oarng-orang lalu menghindarinya dan menyelamatkan diri
daripadanya. Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sebutlah kehajatan
orang yang lacur supaya orang-orang berhati0hati daripadanya.”
Abul Laits berkata: “Ayahku menceritakan: “Bahwa diantara para Nabi yang bukan
Rasul itu ada yang menerima wahyu dalam impian dan ada yang hanya mendengar
suara, maka ada Nabi yang menerima wahyu dengan mimpi itu, pada suatu malam ia
bermimpi diperintahkan: “Jika engkau keluar diwaktu pagi maka pertama yang kau
lihat (hadapi) maka makanlah, dan yang kedua sembunyikan dan yang ketiga
terimalah dan keempat jangan kau putus harapannya dan yang kelima larilah
daripadanya.”
Maka pada esok harinya yang dihadapinya ialah bukit hitam besar,
maka ia terhenti bingung sambil berkata: “Aku diperintahkan makan apa yang aku
hadapi ini.” lalu ia sedar dan berkata: “Tuhan tidak menyuruhku sesuatu yang
mustahil dan tidak dapat dilaksanakan.” Maka ia berjalan menuju kebukit itu
untuk memakannya dan ketika ia mendekat tiba-tiba bukit itu mengecil sehingga
sebesar satu suap dan ketika dimakan terasa manis bagaikan madu, maka ia
mengucapkan Alhamdulillah. Lalu berjalan lagi dan bertemu pula dengan mangkuk
emas dan ia ingat ini harus disembunyikan, maka ia menggali lubang dan menanam
emas itu dan ditinggalkannya, akan tetapi tiba-tiba mangkuk itu keluar dari
dalam tanah lalu ditanam lagi dan keluar lagi sehingga ketiga kali hal keadaan
ini berlaku. Maka dia berkata: “Saya telah melaksanakan perintah.” maka ia
terus berjalan dan tiba-tiba ada burung kecil sedang dikejar elang dan burung
itu berkata: “Ya Nabiyallah, tolong aku.” Lalu diterima dan dimasukkan dalam
bajunya maka datang elang itu dan berkata: “Ya Nabiyallah, saya lapar sejak
pagi dan saya mengejar buruanku itu, kerana itu jangan kau patahkan harapanku
dan rezekiku.” Nabi merasa yang keempat tidak boleh diputuskan harapannya
tetapi ia bingung untuk menyelesaikannya, kemudian ia mengambil pisau dan
memotong sedikit daging pahanya dan diberikan kepada helang itu sehingga
terbang. Lalu burung itu dilepaskan. Dan kelima ia melihat bangkai yang berbau,
maka ia lari daripadanya. Maka pada malam hari ia berdoa: “Ya Tuhan, aku telah
melaksanakan perintahMu, maka jelaskan bagiku semua itu.”
Maka ia bermimpi: “Bahawa yang pertama kau makan itu ialah amarah pada mulanya
nampak sebesar bukit tetapi pada akhirnya jika sabar dan ditahan menjadi lebih
manis dari madu.
Kedua, amal perbuatan (budi) walaupun kau sembunyikan, maka
ia tetap akan nampak
Ketiga, jika diamanati orang, maka jangan kianat padanya
Keempat, jika ada orang minta padamu maka usahakan untuk
membantu padanya meskipun kepadamu sendiri berhajat
Kelima, Ghibah, maka larilah dari orang-orang yang sedang
duduk berkumpul untuk ghibah (mengumpat orang)
(sumber : Kitab Tanbiihul Ghafiliin)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar