Sabda
Rasulallah saw:
‘MAN ‘ARAFA NAFSAHU FAQAD ‘ARAFA RABBAHU WAMAN ‘ARAFA RABBAHU FASADAl JASAD’.
“Sesiapa
yang mengenal dirinya,tentu dia mengenal Robbnya dan sesiapa yang mengenal
Robbnya, maka binasalah dirinya.”Firman Allah swt: “Dari Allah kau datang
kepada Allah kau dikembalikan”(al-Baqarah:156)
Apabila Ruh
diturunkan ke bumi, ia berhajat kepada Sifat Iftiqar Allah untuk berfungsi di
atas muka bumi ini..Jika tiada Sifat Iftiqar,Ruh tidak berfungsi.Ini disebabkan
ia memiliki sifat yang suci dan tinggi.Ia tiada pengetahuan dan kehendak
terhadap alam yang rendah (dunia).Oleh itu, ia memerlukan Sifat Iftiqar untuk melaksanakan tugas khalifah,
untuk kehidupannya di dunia.
Empat Sifat
Iftiqar yaitu :
1. Sifat
Qudrat, 2.Hayat, 3.Iradat, 4.Ilmu.
Sebelum Ruh
dimasukkan ke dalam jasad,Allah melapisi Ruh Al-Qudsi dengan lapisan-lapisan
sampai kealam “Mulkiah” yang disebut “Qiswah Unsuriah” iaitu alam Jabarut, alam
Malakut dan alam Mulki kerana kekuatan Ruh Al-Qudsi boleh menghancurkan jasad,
sebagaimana cahaya matahari yang dihalangi cahayanya bumi dengan pelbagai
lapisan agar tidak terbakar bumi ini kerana kepanasannya.
-ALLAH
swt-RUH YANG SUCI Firman Allah swt: (“Lalu kutiupkan Roh-Ku dalam tubuh
manusia.”Al-Hijr:29)
1) QUDRAT
(Kuasa): iaitu dinyatakan pada (RUH JASMANI) dan diletakkan dalam jasad. .Ruh
memerlukan jasad untuk bergerak di atas muka bumi.(NASMA “fizikal”: kuasa batin
yang hebat). TANAH: tubuh badan-istana hakikat.
2) ILMU :
ianya dinyatakan pada (RUH SULTANI) dan menjadi akal apabila digabungkan dgn
unsur air dan diletakkan pada otak.Ruh tidak akan dapat berfikir untuk
kehidupan di dunia tanpa ilmu bangsa dunia.(AIR: akal- ilham,laduni pandangan
tajam hikmah).AIR: otak-istana syariat.
3) HAYAT
(hidup): ianya dinyatakan pada (RUH AL HAYAT) dan menjadi nafas apabila
bergabung dgn udara.Ruh memerlukan nafas untuk berhubung dgn nafas.(NAFAS:
menstabilkan emosi,akal,kesihatan dan perjalanan Ruh). ANGIN,udara:sistem
pernafasan-istana tarikat.
4) IRADAH
(berkehendak): ianya dinyatakan pada (RUH SAIRANI RAWANI) dan menjadi nafas
apabila digabungkan dengan unsur api dan diletakkan di jantung/qalbi.Ruh
memerlukan nafsu yg bangsa dunia untuk memakmurkan dunia.(NAFSU:ketenangan,kasyaf,asyik,cinta,rindu,syuhud,makrifat)
API: jantung-istana makrifat.Syaikh Abdul Qadir Jailani:Di dalam Kitab Sirrul
Asrar menjelaskan :Ruh adalah hakikat diri manusia yang sebenar.Ruh adalah Nur
cahaya yang tinggi yang dibaluti dengan beberapa lapisan pakaian sebelum
diturunkan ke alam dunia ini agar jasad tidak terbakar.
“Manusia itu rahasiaku dan Aku adalah rahasia manusia.”(Hadis Qudsi)
Setiap Ruh
mempunyai tempat di daerah ketika ia berada dalam jasad.Setiap insan wajib
mengetahui bagaimana mahu mengolah setiap lapisan tersebut agar tersingkap
baginya rahasia.
Kenali
dirimu dengan merenungkan kedalam dirimu niscaya engkau akan mengenali Tuhanmu
tanpa huruf,suara,tanpa dalil dan perantaraan. Galilah rahasia alam dirimu
sendiri sehingga berjumpa dengan air dari alam Malakut,alam Jabarut dan
akhirnya Lahut, niscaya kamu akan dapat menyaksikan kembali bagaimana dirimu
berhimpun dan bertasbih di alam Lahut serta menyaksikan bagaimana dirimu
bersaksi akan diri KeTuhanan sebagaimana firmannya: ”Adakah Aku Tuhan Kamu,(Ruh
menjawab) Bahkan!Kami menyaksikan.”(al-Araf:172)
Sesiapa yang
sampai kealam ini, ia mengambil ilmunya terus dari Allah tanpa perantaraan
iaitu ilmu laduni.Di alam ini, ia beribadah dari Allah, dengan Allah dan untuk
Allah.Pandangannya senantiasa melihat pada dua alam, melihat diriNya di alam
zahir iaitu Af’al,Sifat dan Asma, bermusyahadah dengan ZatNya di alam
lahut.Adakala mereka itu fana (lebur) penglihatan di alam ini ketika
mentajallikan rahasiaNya sehingga tiada yang dilihat melainkan Allah swt.
Bagaimana hendak Mengenal diri?
Apa yang harus di kenali dengan diri
ini ?.
Adakah Mengenal Jasad yang dikenali oleh
semua orang kafir dan mushrik dengan itu
mereka sudah mengenal Robb mereka?. Adakah mengenal Bathin sahaja tanpa
mengetahui soal Rohani?.
·
Mengenal diri tanpa mengenal jalan mengenal
diri anda tidak akan sampai kepada tujuan.
·
Mengenal Jalan tanpa mengenal musuh akan
tertewas separuh jalan.
·
Mengenal Musuh tanpa bersenjata akan
di kalahkan. Mempunyai senjata lengkap namun
tidak mengenal maqam musuh akan menempuh
kekalahan.
·
Mengenal senjata dan musuh tetapi
tidak ada tarbiyah dari orang mengenal
perjalanan dan kaeadah juga akan binasa
dalam kesesatan.
Siapa yang
benar mengenal dirinya, akan binasalah dirinya, tenggelam ia dalam lautan
kefakiran, tenggelam ia dalam lautan ketiadaan keAkuan.
Didalam
kitab Kasyful Asrar dinyatakan bahwa wujud insan adalah bayang-bayang kepada
wujud Tuhan.Tiada akan wujud bayang-bayang ini jika tiada yang empunya
bayang-bayang, tidak bergerak bayang-bayang melainkan bergeraknya tuan empunya
bayang-bayang.
Apabila kamu
memandang diri kamu, memandang kewujudan dirimu, maka kamu wajib memahami bahwa
kamu ada pemiliknya.Wujud kamu menyatakan wujud diri-Nya.Dia ghaib dan kamu
nyata, Dia hakikat dan kamu syariat, Dia adalah wujud dan kamu adalah bayang
bagi wujud-Nya.Lihatlah diri kamu lagi,pandanglah segala sifat yang ada pada
diri kamu,lihatlah matamu,lihatlah telingamu, lihatlah mulutmu,lihatlah
akalmu,lihatlah gerak diammu,lihat rasa hatimu.Semuanya tidak lain melainkan
kenyataan sifat-sifat-Nya.
Semoga hati
kita tidak dibutakan sama sekali, sehingga tidak mengenal Diri-Nya. Meskipun
Al-Ghaib tetapi sangat dekat sekali, bahkan lebih dekat Dia bila dibandingkan
dengan urat nadi yang ada di lehernya sendiri.Berarti lebih dekat Dia meskipun
dibandingkan dengan keluar masuknya nafas dalam dada. Maka firman-Nya yang
memutuskan:
“Barang siapa yang hidupnya sekarang
ini (di dunia) buta (mata hatinya tidak mengetahui keberadaan Diri Tuhannya
yang dekat sekali dan Wajib Wujud-Nya), maka kelak di akhirat juga akan lebih
buta dan lebih sesat jalannya.”(Al-Isra:72)
Kemana kita kembali.. kepada Alif lam lam ha.. apa kepada tajalli tuhan Allah.. ??
BalasHapusAlhmdulillah dengn membca ini bnyk sekli pelajarn yg q dpt
BalasHapusLuar biasa
BalasHapusSemoga aku bisa mengenali diriku sendiri
BalasHapusBenar semua yg d katakan
BalasHapusSelamat menyambut bulan ramadhan sekalian umat. Siapa lah diri ini untuk bertanya sketsa mengenai undang-undang tarikan.. mohon pencerahan yg Arif
BalasHapusTerima kaseh atas perlajaran
BalasHapusOk
BalasHapusAlhamdulillah
BalasHapusAlhamdulillah tambah pengetahuan
BalasHapus